Monday, May 18, 2015

Ruj Al Fiqh Manhaji 2 NOTA 1-NOTA 25

Ruj Al Fiqh Manhaji 2
Bismillah...

Note 1 : Ruj Al Fiqh Manhaji 2

ZAKAT
1. Pengertian Zakat:
- Sesuatu bertambah dan subur (tanaman dan perniagaan yg maju dan bertambah).

- Zakat juga bererti bersih.
Allah SWT berfirman :
"Sesungguhnya berjayalah orang yg menjadikan dirinya bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)."
Surah Al Syams : 9

- Mengeluar zakat juga bereti membersihkan harta daripada sebarang syubhah.

2. Sejarah Pensyariatan Zakat:
- Mula disyariatkan pada tahun ke 2 setelah Nabi SAW berhijrah ke Madinah.

3. Hukum dan Dalil Pensyariatan Zakat:
- Merupakan rukun islam paling penting.
Allah SWT berfirman :
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat."
Surah Al Baqarah : 43

Hikmah dan Faedah Zakat:
- Hikmah dan faedah yg banyak. Kepada pengeluar zakat dan penerimanya.

i. Membiasakan diri bersifat pemurah dan suka mengerjakan ibadah qurban. Membuang sifat kedekut dan bakhil.

ii. Menguat hubungan persaudaraan dan kasih sayang pengeluar zakat dengan org lain.

iii. Tiada jurang perbezaan taraf sosial dan kehidupan.

iv. Dapat mengatasi masalah pengangguran dan kemiskinan.

v. Membersihakan hati dari sifat keji kepada sifat kasih sayang, tolong menolong dan saling bersimpati.
Rasulullah penah bersabda:
"Zakat itu tidak mengurangkan harta."
Riwayat Muslim : 2588


Note 2 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

Orang yang Wajib Mengeluarkan Zakat:
i. Islam.
ii. Memiliki Nisab
- had minimum harta yang dimiliki.
iii. Cukuo setahun
Nabi SAW bersabda:
"Tidak wajib zakat harta hingga berlalu masa setahun."
Riwayat Abu Daud : 1573

Zakat Harta Bagi Kanak2 dan Orang Gila:
- Harta kanak2 dan orang gila wajib dikeluarkan zakat oleh wali untuk dikeluarkan bagi pihak mereka.
- anak-anak yatim yang belum baligh dan kematian bapanya.
- zakat harta orang gila pula diqiaskan dengan harta kanak-kanak kerana kedua-duanya hukum adalah sama.
Daripada Umar R.A :
"Hendaklah diuruskan niagakan harta anak yatim supaya tidak habis oleh zakat."
Riwayat Malik dalan Al Mutawatta :1/251

Qias
- dengan zakat fitrah. Wajib zakat fitrah terhadap kanak-kanak dan orang gila.


Note 3 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

HARTA YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

Asas Wajib Zakat Bagi Zakat Harta:
- harta yg subur.
- berkembang dan bercambah.

i. Emas dan Perak:
"Sesiapa yang menyimpan emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, disediakan baginya Neraka Wail."
Riwayat Al Bukhari : 1339

Jenis-jenis emas yang diwajibkan zakat:
a. Wang dirham perak dan wang dirham emas serta sebarang mata wang yanh dicetak menggantikan emas dan perak untuk urusan.
b. Ketulan emas dan perak.
c. Bekas-bekas kepingan yang dibuat daripada emas dan perak untuk sebarang kegunaan atau perhiasan.

Tidak diwajibkan zakat barang kemas:
- barang-barang perhiasan wanita yang diberbuat daripada emas dan perak, yang tidak sampai ketahap berlebihan pada pandangan umum.
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak wajib zakat barang kemas."
Riwayat Al Bukhari : 4/138
Al Daraqutni : 2/107

Dalil Pengharaman :
-Haram makan minum menggunakan peralatan emas dan perak.
-Pengharaman tersebut adalah sama ke atas lelaki dan perempuan.

ii. Binatang Ternakan :
- Unta, lembu, biri-biri dan kambing.

iii. Tanam-tanaman dan buah-buahan:
- Wajib zakat adalah menjadi makanan asasi manusia dalam keadaan biasa boleh disimpan lama dan tidak rosak. Kurma, anggur, gandum, barli, padi, kacang dal, kacang putih, jagung dan sebagainya.

iv. Barang Perniagaan:
- bertukar ganti barangan untuk mendapatkan keuntungan.

Dalil Wajib Zakat Perniagaan:
Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik."
Surah Al Baqarah : 267

Syarat Wajib Zakat Perniagaan:
i. Pemilikan harta itu hendaklah dengan akad tukar ganti.
ii. Harta tersebut pemilik hendak berniat meniagakannya dan niat tersebut hendaklah berterusan.

v. Harta Galian dan Harta Purba:
- Emas dan perak yang dikeluarkan dari bumi dan dibersihkan dinamakan Ma'dan. Emas dan perak yang tertanam sebelum kedatangan Islam dipanggil Rikaz.
Nabi SAW bersabda:
"Pada harta rikaz zakatnya 1/5."
Riwayat Al Bukhari : 1428
Muslim : 1710


Note 4 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
NISAB ZAKAT

Nisab bermaksud jumlah minimum yang dikira sebagai syarat bagi harta yang wajib dikeluarkan zakat.

Nisab Emas dan Perak:
- emas sehingga jumlahnya 20 mithqal, manakala perak pula 200 dirham.

Pengertian Mithqal:
- timbangan bagi emas.
i. Mithqal 'Ajami
- satu mithqal 'ajami menyamai 4.8 gram. 20 mithqal 'ajami bersamaan 96 gram.

ii. Mithqal 'Iraqi:
- bersamaan 5 gram. 20 mithqal 'iraqi bersamaan 100 gram.

Pengertian Dirham:
- 10 dirham menyamai berat 7 mithqal , iaitu 33 6/10 gram mengikut timbangan mithqal 'ajami.

Syarat Wajib Zakat Pada Nisab Emas dan Perak :
- cukup nisab emas dan perak tidak wajib zakat, sehinggala dimiliki genap setahun qamariyah (hijrah) tanpa kekurangan nilai sepanjang tempoh setahun.

Kadar Wajib Zakat Emas dan Perak:
- seorang mukalaf memiliki nisab emas dan perak atau lebih, selama setahun hijrah qamariyah, dia wajib mengeluarkan zakat 1/40 atau 2.5% daripada harta yang dimilikinya.


Note 5 - sambungan Nisab Zakat

Mengeluarkan Harta Zakat atau Menggunakannya:
- menurut Imam Al Nawawi Rahimullah dalam kitabnya "Al Majmu" (6/178), sahabat-sahabat kami berkata, "Tidak harus bagi pemerintahdan pemungut zakat, menjual harta zakat walaupun sedikit tanpa keperluan berbuat demikian. Malah mereka hendaklah menyerah harta zakat yang asal kepada golongan yang berhak menerimanya. Hal ni kerana penerima zakat adalah golongan yang mengerti dan tidak perlu diuruskan oleh orang lain. Jesteru, harta mereka tidak harus dijual tanpa kebenaran."

Nisab Binatang Ternakan dan Kadarnya:
- unta, lembu dan kamben.

i. Nisab Unta:
- bermula dari 5 ekor.
Nisab : 5 -9 ekor
Kadar wajib : seekor kamben
Umur : biri-biri setahun atau kamben dua tahun.
Jika bilangan unta lebih dari 120 ekor:
Setiap 40 ekor: seekor bintu labun.
Setiap 50 ekor : seekor hiqqah

ii. Nisab Lembu:
- bermula 30 ekor.
Nisab : 30 - 39 ekor
Kadar wajib : seekor tabii' atau tabii"ah
Umur : lembu berusia setahun

iii. Nisab Kamben:
- bermuka 40 ekor
Nisab : 40 - 120 ekor
Kadar wajib : seekor biri-biri atau kamben
Umur : setahun biri2 dan dua thn kamben.

Syarat yang Khusus Bagi Wajib Zakat Binatang Ternakan:
i. Binatang ternakan itu pada kebanyakan masanya dalam setahun meragut dipadang ragut bebas.
ii. Binatang-binatang itu diperlihara untuk susunya, pembiakannya atau lemaknya dan bukan melakukan kerja-kerja serta khidnat yang lain.
iii. Dikecualikan syarat genap setahun bagi anak binatang ternakan yang lahir dalam tempoh setahun.


Note 6 : sambungan dr Nisab Zakat

Nisab Tanaman Buahan dan Kadar Zakatnya:

Nisabnya:
- tanaman dan buah-buahan, sukatan tidak kurang daripada 5 ausuq selepas dibersihkan kulit, tanah dan debu selepas dikeringkan.

Pengertian Ausuq:
- kata jama' bagi perkataan wasaq, iaitu sejenis sukatan. Satu wasaq bersamaan 60 gantang. 

Kadar Zakatnya:
- tanaman dan pokok buah-buahan yang hidup dengan air hujan atau air sungai tidak memerlukan perbelanjaan atau tenaga pemiliknya. Wajib dikeluarkan nisbahnya ialah 1/10.

Masa Wajib Mengeluarkan Zakat Buahan dan Tanaman:
- bijirinnya matang dan masak. Zakat buah-buahan hanya dikeluarkan apabila anggur menjadi kismis dan kurma menjadi tamar.

Menjual Buah-Buahan dan Tanaman Setelah Wajib Zakatnya:
- mengikut kadar kismis dan tamar, sebagai jaminan bagi pemiliknya mengeluarkan kadar zakat yang wajib ke atasnya.

Mengeluarkab Zakat dengan Nilai Sebagai Ganti Harta:
- zakat wajib dikeluarkan bagi ternakan ialah binatang itu sendiri.
- zakat buahan dan tanaman kerana syara' telah menetapkan hak dan kadar zakat yang perlu dikeluarkan.

Genap Setahun, Cukup Nisab bagi Harta Perniagaan dan Kadar Wajib Mengeluarkan Zakat:
- zakat yang wajib dikeluarkan bagi ternakan ialah binatang itu sendiri. 
- zakat buahan dan tanaman kerana syara' telah menetapkan hak atau kadar zakat yang perlu dikeluarkan.

nota 7 Sambungan dari Nisab Zakat

Genap Setahun Cukup Nisab Bagi Harta Perniagaan dan Kadar Wajib Mengeluarkan Zakat:
- sebarang barangan yang ditukar untuk tujuan mendapatkan keuntungan.
- jenis yang wajib zakat seperti emas, perak, bijirin, buahan dan binatang ternakan atau jenis lain, seperti barang-barang perusahaan, hartanah saham-saham dan sebagainya. Barang-barang perniagaan adalah dianggap sama dengan emas dan perak dari segi haul dan kadar wajib zakatnya, dinilai dengan mata wang.
- apabila cukup nisab zakatnya hendaklah dikeluarkan 1/40.

Perkara yang Wajib dikeluarkan pada Zakat Perniagaan:
- setahun tempoh perniagaan, barang-barang hendaklah dinilai dengan mata wang, nikainya mencapai nisab emas atau perak wajib dikeluarkan zakatnya 2.5%.

Nisab Ma'dan:
- adalah sama dengan nisab emas dan perak. Tidak disyara'kan genap setahun, zakatnya wajib sebaik sahaja ia dikeluarkan. Contoh : emas dan perak daripada lombong, wajib dikenakan zakat dengan kadar 1/40 bersamaan 2.5% daripada keseluruhan hasil yang didapati.

Nisab Rikaz:
- sama dengan nisab emas dan perak dan disyara'kan berlalu tempoh setahun masih wajib dikeluarkan zakatnya segera, 1/5 bersamaan 20% daripada hasil keseluruhan.
Rasulukkah SAW bersabda:
"Dan pada harta rikaz qajib zakatnya 1/5."
Riwayat Al Bukhari : 1428


Note 8 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
ZAKAT HARTA YG BERCAMPUR

Pengertian Harta yang Bercampur:
- harta yang wajib zakat dimiliki oleh dua orang atau lebih, disatukan untuk tujuan perkongsian atau seumpamanya.

Bahagian Harta yang Bercampur:
i. Harta bercampur secara nyata atau bercampur secara bersama yang maksudnya ialah dua orang yang layak mengeluarkan harta yang sama jenisnya, cukup nisabnya atau lebih dan genap setahun.

ii. Percampuran bergabung ataupun percampuran secara zahir bermaksud dua orang yang masing-masing memiliki nisab harta tidak dikongsikan, namun kedua dua harta dicampur dalam bentuk gabungan.

Cara Mengeluarkan Zakat Dua Harta yang Bercampur:
- dari segi hukum zakatnya dianggap sebagai harta milik seorang. Jumlah percampuran harta tersebut mencapai nisabnya dan telah genap setahun zakat wajib dikeluarkan.
Rasulullah SAW brrsabda:
"Jangan dihimpunkan harta yang berasingan dan jangan diasingkan harta yang bercampur kerana mengelakan zakat."
Riwayat Al Bukhari : 1450

Syarat dikira Dua Harta Bercampur Menjadi Satu:
Pertama:
i. Kedua-dua harta sama jenis.
ii. Jumlah harta itu cukup nisab atau lebih. Sekiranya jumlah kedua-dua harta itu 35 ekor kamben, ia tidak wajib zakat.
iii. Percampuran harta tersebut berterusan selama setahun jika ia daripada jenis yang diisyaratkan haul. Jika setiap mereka memiliki kamben sebanyak 40 ekor pada awal bulan Muharram, kemudian dicampurkan kedua-duanya pada awal bulan safar, masing-masing wajib mengeluarkan zakat seekor kamben apabila genap Muharran pada tahun berikutnya.

Kedua:
i. Binatang ternakan disyaratkan tidak berasingan kandang-kandangnya, tempat berkumpulnya, tempat meragut rumput dan memerah susunya. Jika setiap pemilik membawa kambennya ke tempat berasingan maka perkongsian tersebut tidak memberi sebarang kesan.
ii. Bagi tanam-tanaman, disyaratkan pekebunnya tidak berlainan tempat mengering buahnya pula tidak diasingkan.
iii. Harta perniagaan yang disyaratkan tidak diasingka kedai, stor dan peralatan urusniaganya seperti alat timbangan dan sebagainya.

Zakat yang Wajib Bagi Pemilik Harta Pengongsian:
- harta pengongsian yang dianggap sebagai harta seorang, setiap pemilik dikenakan zakat mengikut kadar bahagia yang dimiliki.

Zun Nun, [27.04.15 12:31]
Sebab kita perlu bermazhab - Pengarang kitab Fiqh Manhaji Asy-Syafie:

Syeikh Mustafa al-Khin menyebutkan di dalam kitab Atsaru-l Ikhtilâf Fi-l Qawâ'idi-l Usùliyyah Fi-khtilâfi-l Fuqahâ', yang juga merupakan disertasi PhDnya, kisah kefahaman awalnya yang sering tertanya-tanya, mengapa terdapat pelbagai mazhab Fiqh sedangkan rujukan utama kita adalah al-Quran dan as-Sunnah. Mengapa tidak boleh disatukan dan diambil satu pandangan sahaja yang didapati paling hampir kepada keduanya.

Kedatangannya ke Al-Azhar membawa rahmat buat beliau, apabila persoalan tersebut terjawab dengan bertambahnya ilmu berkaitan ikhtilaf Fuqaha' dan sebab-sebabnya. Minatnya yang mendalam dalam perkara tersebut dan kehandalannya dalam Usul Feqh menyebabkan beliau membuat kajian dalam kesan khilaf di dalam kaedah-kaedah Usul Fiqh yang menyebabkan ikhtilaf para Fuqaha'.

Kajian ilmiah PhDnya ini sangat dan ia menjelaskan secara terperinci dan menunjukkan bahawa para ulamak bukan berikhtilaf kerana kejahilan atau hawa nafsu mereka, tetapi biasanya mereka berikhtilaf kerana metodologi asas yang sedikit berbeza yang menatijahkan beberapa perselisihan hukum.

Perselisihan mereka bukan kerana tidak mengetahui satu dua hadis yang kita tahu, akan tetapi jauh lagi rumit dan memerlukan pengajian bermazhab secara bersistematik untuk menggarap metodologi para imam Mujtahidin tersebut. Oleh kerana itulah, manusia jahil seperti kita ini perlu bermazhab dan mengelakkan diri tertipu seolah-olah kita mampu dengan mudah mencari hukum yang lebih tepat dan hampir kepada al-Quran dan as-Sunnah.

selanjutnya baca di sini:
http://zulhusnimatresat.blogspot.com/2014/02/pengarang-kitab-fiqh-al-manhaji-syeikh.html

Note 9 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
CARA MENGELUARKAN ZAKAT

Tidak Bertangguh daripada Waktu Wajibnya:
- suatu harta yang cukup nisabnya atau lebih dan genap setahun, zakat wajib dikeluarkan.

i. Pemilik mampu mengeluarkan zakat iaitu harta ada bersamanya, jika tiada bersama atau ada ditempat lain atau hutang kepadanya, zakat tersebut tidak wajib disegerakan kecuali dia memiliki wang sebanyak kadar puitangnya.

ii. Gotongan berhak menerima zakat, atau pihak yang berkuasa ditugaskan mengutipnya.

Kesan Menangguhkan Zakat:
i. Berdosa : dianggap menahan hak mereka yang memerlukan harta tersebut tanpa sebab yang dapat dielakkan.

ii. Menjadi Tanggungan : hak menerima zakat yang ada dalam harta berkenaan akan menjadi beban kepada pemiliknya, kerana kecuaian melengah-lengahkan pemberian zakat.

Wakil Menangguhkan Pembahagian Zakat:
- Orang yabg diwakilkan untuk membahagiakan zakat tidak harus melengah-lengahkannya zakat yang diberikan kepadanya. 
- Pengurus badab kebajikan hendaklah mengetahui perbuatan menyimpan harta kutipan zakat sebagai modal pusingan bagi tabung badan tersebut.

Zakat yang Dikeluarkan Sebelum Wajib Zakat: 
i. Mengeluarkan zakat sebelum cukup nisabnya, ia tidak dikira dan tidak dianggap sebagai zakat. Apabila hartanya mengcukupi nisab dan genap setahun dia wajib mengeluarkan zakat tanpa mengira harta yang telah dikeluarkan sebelum ni.

ii. Zakat dikeluarjan cukup nisab tapi tidak genap setahun, ia tetap dikira sebagai zakat. Ia tidak perlu mengeluarkan zakat apabila tempoh nisabnya cukup setahun nanti.

Syarat Sah Zakat Sebekun Waktu Wajib:
i. Sekirannya pemilik harta itu mati, sebelum cukup tempoh setahun, naka harta yang dikeluarkan sebelum waktu wajib itu tidak dikira sebagai zakat. Pewaris boleh menuntut harta zakat sekirannya penerima mengetahui harta tersebut ialah zakat sebelum wajib zakat.

ii. Harta kekal sehingga tempoh setahun, harta itu rosak atau dijual dan bukan untuk diniagakan, maka apa yang dikekuarkan sebelum wajib itu tidak dikira sebagai zakat.

iii. Penerima harta zakat sebelum waktu wajib zakat berhak menerima sehinga akhir tempoh setahun. Sekiranya menjadi kaya atau murtad, dikeluarkan sebelum waktu itu tidak dikira sebagai zakat.


Note 10 : sambungan 

Zakat Melalui Pemerintah:
i. Harta Batin : emas dan perak, barang-barang perniagaan dan harta rikaz. Zakat secara terus kepada golongan yang berhak tanpa pengantaraan pihak pemerintah.

ii. Harta Zahir : binatang ternakan, tanam-tanaman, buah-buahan dna harta galian. Wajib menyerahkan zakatnya kepada pemerintah jika dituntut berbuat demikian.

Mewakili Zakat : 
i. Cara berzakat yang afdal ialah pemilik harta mengagihkannya kepada golongan yang berhak kecuali hukum telah dihuraikan tentang penyerahan harta zakat kepada pemerintah.

ii. Pemilik harta harus mengwakilkan sesapa yang boleh memikul tanggungjawab bagi pihak dirinya, termasuk orang kafir dan kanak-kanak yang mumayyiz dengan syarat jika berwakil kepada orang kafir atau kanak-kanak, dia hendaklah menentukan penerima zakatnya.

Berniat Zakat:
i. Wajib berniat mengeluarkan zakat untuk.membezakan kepada kaffarrah dan sedekah yang lain. 

ii. Pemilik harta yang berniat ketika menyerahkan zakatnya kepada pemerintah niatnya memandai kerana pemerintah adalah wakil kepada golongan yang berhak.



Note 11 : ruj Al Fiqh Manhaji 1
PENAGIHAN ZAKAT

Huraian Tentang Penerima Zakat:
i. Golongan fakir : orang yang tidak mempunyai harta.

ii. Golongan Miskin : orang yang mempunyai harta, tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan.

iii. Amil : pengutip hasil yang ditugaskan oleh pemerintah untuk mengumpul dan menagihkan zakat.

iv. Muallaf : mereka yang memerluk agama islam.

v. Hamba : layak menerima zakat ialah orang yang ingin membebaskan dirinya daripada perhambaan.

vi. Orang Yang Berhutang : mereka yang dibebani hutang dan tidak mampu melunaskannya dengan syarat mereka berhutang untuk tujuan yang halal.

vii. Untuk Jalan Allah SWT : sukarela yang berjuang mempertahankan umat Islam tanpa imbuhan atau gaji.

viii. Musafir : orang yang dalam perjalanan dengan tujuan yang diharuskan oleh syara', sekalipun untuk melancung.

Cara Pembahagian Zakat Kepada Mereka yang Berhak :
- golongan yang berhak didapati ditempat tersebut, zakat wajib diagihkan kepada semua dibahagikan samarata dengan golongan yang ada kecuali golongan amil.

Memindahkan Zakat Dari Tempat Wajibnya:
Zakat yang diwajibkan disebuah negeri, yang ada golongan penerimanya tidak harus dipindahkan ke negeri lain.


Note 12 : sambungan

Syarat Golongan yang Berhak Menerima Zakat:
i. Islam : Zakat yang wajib tidak sah diberikan pada orang kafir. Zakat dipungut dari orang Islam yang kaya dan diagihkan kepada golongan fakir.

ii. Tidak Mampu Berusaha : seseorang fakir atau miskin yang mampu melakukan sebarang kerja yang sesuai dengannya dan dapat menampung keperluannya, tidak harus menerima zakat.

iii. Bukan Tanggungan Pembayar Zakat: tidak harus memberi zakat kepada ibu, bapa, datuk, nenek, kerana nafkah mereka adalah tanggungjawab yang wajib ke atas anak dan cucunya. 

Memberi Zakat kepada Penanggung Nafkah
- tidak harus memberi zakatnya kepada orang yang dibawah tanggungannya sama ada isteri, ibu, bapa dan ke atas atau anak.

i. Jika pendapatan penanggung nafkah mencukupi untuk menanggung mereka, zakat yang diberikan kepadanya tidak kira kerana dia dianggap kaya dengan nafkah yang dimilikinya.

ii. Sekiranya nafkah penanggung tidak mencukupi, zakat harus diberikan kepadanya kerana keadaan fakir atau miskin.

Isteri Memberikan Zakat Hartanya kepada Suami : Isteri yang kaya wajib berzakat, sunat memberi zakat hartanya kepada suaminya yang fakir.

iii. Zakat kepada Keluarga yang Bukan Tanggungan : Pemilik harta yang wajib berzakat harus memberi zakatnya kepada saudara mara yang bukan dibawah tanggungannya, seperti adik beradik lelaki dan perempuan dan saudara mara yang tidak mampu / fakir.

iv. Bukan keturunan Bani Hasyim dan Al Muttalib.


Note 13 : ruj Al Fiqh Manhaji 1
ZAKAT HUTANG

Wajib Zakat Hutang:

Pemuitang (selepas ni disebut dengan pemberi hutang) yang cukup nisab hutangnya bersama harta yang lain, wajib mengeluarkan zakatnya apabila genap tempoh setahun. Wajiblah zakatnua dikeluarkan.

Masa Dikeluarkan Zakat Hutang

1. Hutang yang cukup tempoh.
i. Pemberi hutang boleh mendapatkannya semula daripada penghutang yang mampu melunaskannya, dan dia wajib segera mengeluarkan zakatnya, sekalipun hutangnya belum diterima.

ii. Pemberi hutang tidak mampu mendapatkan hutangnya semula kerana kesusahan penghutang atau dia tidak mengakuinya, maka dia tidak wajib mengeluarkan zakatnya ketika itu.

2. Hutang Yang Belum Cukup Tempoh : tidak wajib dikeluarkan zakat sampai tempoh berkenaan sama ada pemberi hutang itu telah menerima hutangnya semula ataupun belum, sedangkan dia mampu mendapatkannya.

Wajib Zakat Harta Orang Yang Berhutang :

i. Pemilik harta zakat yang cukup nisabnya, wajib mengeluarkan zakat mengikut cara-cara yang telah dinyatakan, sekalipun mempunyai hutang yang sama nilai dengan hartanya atau mengurangi nisab.

ii. Kewajiban berzakat tidak terhalang oleh tanggungan hutangnya sendiri.

Berdasarkan hadis Uthman b. Affan RA : "Ini adalah bulan kamu berzakat. Sesiapa yang berhutang, tunaikan hutangnya supaya kamu mendapat harta kamu dan dapat pula menunaikan zakat daripadanya."
Riwayat Malik dalam At Muwatta :1/253

Note 14 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
PUASA

Pengertian Puasa
- menahan diri daripada melakukan sesuatu iaitu makan, minum dan bercakap.

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) al Rahman."
Surah Maryam : 26

Sejarah Pensyariatan Puasa
- Puasa bulan Ramadhan difardhukan pada bulan Sya'ban tahun kedua Hijrah.

Allah SWT berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
Surah Al Baqarah : 183

Dalil Persyariatan Puasa pada Bulan Ramadhan
Rasulullah SAW brrsabda : "Islam dibina atas lima perkara, iaitu bersaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya selain Allah, dan Nabi Muhammad ialah persuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan puasa pada bulan Ramadhan."
Riwayat Al Bukhari : 8

Hukum Meninggalkan Puasa Bulan Ramadhan Tanpa Keuzuran:
-Sesiapa yang mengingkari kewajibannya, akan menjadi kafir dan disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Enggan bertaubat dijatuhi hukuman bunuh sekiranya dia telah lama memerluk agama Islan dan tidak tinggal berjauhan daripada ulamak.

Hikmah Puasa:
Ibadah yang difardhukan oleh Allah. Setiap orang islam yang melakukannya kerana mematuhi perintah Allah SWT dan melaksanakan tanggungjawab keimanan kepadanya tanpa memandang sebarang kemungkinan yang berlaku sebagai natijah daripada ibadah tersebut.

i. Puasa yang sempurna dapat menyedarkan hati orang beriman bahawa dirinya dibawah perhatian Allah SWT.
ii. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci.
iii. Puasa mendidik jiwa.
iv. Sifat kasih sayang menjadi teras dalam membangunkan masyarakat Islam.


Note 15 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
PENETAPAN BULAN RAMADHAN

- Melihat anak bulan pada malam 30 Sya'ban. Cukup bilangan bulan Sya'ban 30 hari.

Berdasarkan hadith Nabi SAW bersabda: "Berpuasala kamu kerana telah kelihatan anak bulan dan berbukalah (berhari raya) juga kerana telah kelihatan anak bulan. Jika anak bulan itu terlindung daripada pandangan mata kamu, cukupkanlah bilangan bulan Sya'ban 30 hari."

Riwayat Al Bukhari : 1810
Muslim : 1080

Puteri Tuah, [10.05.15 01:04]
Bismillah...
Note 16 : ruj Al Fiqh Manjahi 2

SYARAT WAJIB PUASA DAN SYARAT SAHNYA

Syarat Wajib Puasa Ramadhn:
1. Islam
2. Mukallaf
3. Tiada sebarang keuzuran yang menghalang puasa dan mengharuskan berbuka:
i. Keuzuran yg menghalang puasa.
ii. Haid atau nifas pd sebahagian waktu siang.
iii. Pitam atau gila sepanjang hari.

Keuzuran yang Mengharuskan Berbuka:
i. Penyakit yang memudaratkan atau menyebabkan penderitaan yang teruk.

ii. Perjalanan yang jauh. 
Allah berfirman :
"Dan sesiapa sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan pada hari hari yang lain."
Surah Al Baqarah : 185

iii. Tidak berupaya melakukan puasa, disebabkan tua atau penyakit tiada harapan untuk sembuh.

Syarat Sah Puasa :
i. Islam
ii. Berakal atau mumayyiz : mampu membezakan baik dan buruk.
iii. Tiada sebarang keuzuran yang menghalangkan berpuasa.
Puteri Tuah, [11.05.15 21:24]
Bismillah...
Note 17 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

RUKUN PUASA

1. Niat : mengqasadkan puasa. Niat didalam hati dan tidak memadai dengan lisan.
Nabi SAW bersabda :
"Sesungguhnya setiap amalan dengan niat."
Riwayat Al Bukhari : 1
Muslim : 1907

Syarat Niat Puasa Ramadhan:
i. Berniat pada Waktu Malam.
Nabi SAW bersabda: "Sesiapa tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka puasanya tidak sah."
Riwayat Al Daraqutni : 2/172
Al Baihaqi : 4/202

ii. Menentukan jenis puasa.
Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya setiap amalan adalah dengan niat, dan seseorang hanya mendapat apa yg diniatkannya."
Riwayat Al Bukhari : 1

iii. Niat Berulang ulang.
- hendaklah berniat puasa pada hari berikutnya pada setiap malan sebelum fajar terbit, kerana puasa Ramadhan bukanlah ibadat yang tunggal. Ia adalah ibadat yang berulang ulang dan setiap satu ibadat mempunyai niat yang tersendiri.

2. Menahan Diri daripada Perkara yang Membatalkan :
i. Makan dan minum.
ii. Sesuatu benda masuk kedalam rongga melalui ruang yang sedia terbuka.
iii. Muntah dengan sengaja.
iv. Bersetubuh dengan sengaja.
v. Mengeluarkan air mani.
vi. Haidh dan Nifas.
vii. Gila dan murtad.

Puteri Tuah, [11.05.15 21:25]
Bismillah...
Note 18 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

ADAB DAN PERKARA MAKRUH DALAM PUASA

1. Segera Berbuka: setelah matahari terbenam.
Nabi SAW bersabda :
"Orang yang berpuasa sentiasa mendapat kebajikan, selama mereka segera berbuka."
Riwayat Al Bukhari : 1856
Muslim : 1908

2. Bersahur : bermaksud makanan ketika bersahur.
Nabi SAW bersabda :
"Hendaklah kamu bersahur kerana dalam makanan sahur itu ada keberkatan."
Riwayat Al Bukhari : 1823
Muslim : 1095
- Hikmah digalakan bersahur supaya bertenaga ketika berpuasa.

3. Melewatkan Sahur: sahur sebelum terbit fajar.
Nabi SAW bersabda :
"Umatku sentiasa mendapat kebajikan selama mereka segera berbuka dan lewat bersahur."
Riwayat Imam Ahmad : 5/147

4. Meninggalkan Kata-kata keji dan Perbuatan yang Memberahikan.
- kata keji seperti memaki hamun, berbohong, mengumpat dan sebagainya.
- yang memberahikan seperti merenung wanita, mendengar nyanyian mengasyikan dan melalaikan serta lain-lain perbuatan haram.

5. Mandi Janabah sebelum Terbit Fajar.
- bertujuan menjadikan seseorang dalam keadaan suci dari permulaan puasanya.

6. Meninggalkan bekam di kepala, di badan, dan seumpamanya serta merasa makanan atau mengunyahnya.

7. Berdoa ketika berbuka.
"Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, dengan rezekiMu aku berbuka, telah hilang dahagaku, basah semua urat saraf dan tetaplah pahalanya dengan izinMu."

8. Memberi juadah berbuka kepada orang yang berpuasa. Jika tidak mampu berikan tamar atau sedikit minuman.

9. Banyakkan memberi sedekah, membaca dan Tadarus Al Quran, beri'tikaf di masjid, terutamanya pada Sepuluh hari Akhir Bulan Ramadhan.

10. Makruh ketika Puasa :
- perkara- perkara yang bertentangan dengan adab-adab tersebut, makruh tanzih seperti melewat-lewatkan berbuka dan menyegerakan sahur.

Puteri Tuah, [13.05.15 07:54]
Bismillah...
Note 19 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

PUASA QADHA' RAMADHAN, FIDYAH DAN KAFFARAH

1. Orang Musafir dan Orang Sakit:
- wajib mengqadhakannya sebelum tiba Ramadhan yang akan berikutnya. Jika cuai dan tidak mengqadhakannya, dia wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaannya penduduk negeri setempat dan mengandakannya fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang ditinggalkan.

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa yang meninggal dunia sedangkan dia masih mempunyai kewajipannya berpuasa, walinyalah berpuasa bagi pihaknya."
Riwayat Al Bukhari : 1851
Muslim : 1147

2. Orang Tua yang Lemah dan Pesakit yang Tiada Harapan Sembuh:
- wajib bersedekah setiap hari secupak, sebanyak hari yang dia tinggal puasa.

Ibni Abbas membaca Al Quran :
"Dan wajah ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan orang miskin."

3. Mengandung dan menyusukan bayi : - berbuka kerana bimbingakan kesihatan dirinya dan bayi.
- wajib qadha sebelum tiba Ramadhan akan datang.

4. Kaffarah puasa Ramadhan yang dibatalkan:
i. Sebab Wajib Kaffarah:
- disebabkan sengaja membatalkan puasa Ramadhan dengan melakukan persetubuhan dengan syarat, dia menyedari bahawa dirinya berpuasa serta mengetahui perbuatannya haram dan bukan dalam bermusafir yang diberikan keringanan.

ii. Orang yang Wajib Kaffarah:
- wajib ke atas suami yang melakukan persetubuhan. Kaffarah tidak wajib ke atas isteri atau wanita yg disetubuhi, sekalipun mereka berpuasa.

iii. Kaffarah Puasa Ramadhan yang Dibatalkan dengan Persetubuhan :
- wajib kerana membatalkan puasa Ramadhan dengan persetubuhan ialah membebaskan seorang hamba sahaya, beragama islam samada lelaki atau wanita.
- tidak mampu hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak mampu, dia hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin setiap orang secupak makanan kebiasaan penduduk negeri itu. 



Puasa Sunat

Bismillah…
Note 20 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
PUASA SUNAT
1. Tujuan Puasa Sunat :
– bertujuan menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan mengerjakan ibadat-ibadat bukan fardhu dan antara ibadat yang afdal.
Nabi SAW bersabda :
“Sesiapa yang berpuasa sehari kerana Allah, Allah SWT akan menjauhi dirinya daripada api neraka selama 70 tahun.”
Riwayat Al Bukhari : 2685
Muslim : 1153
2. Hikmah Pensyariatan :
– untuk meningkatkan pengabdian dan pendampingan diri kepada Allah SWT.
“Hamba-Ku sentiasa mendamping diriKu dengan melakukan ibadat-ibadat sunat sehingga aku menjadi kasih kepadanya.”
Riwayat Al Bukhari : 6502
3. Jenis Puasa Sunat :
a. Puasa pada hari Arafah : 9 Zulhijjah bagi orang-orang tidak mengerjakan ibadat haji.
Nabi SAw Bersabda :
“Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
Riwayat Muslim : 1162
b. Puasa pada hari Asyura dan Tasu’aa’
– hari yang ke sepuluh bulan Muharram, manakala Tasu’aa’ pula adalah hari kesembilan pada bulan tersebut.
Rasulullah SAW bersabda :
“Ia menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.”
Riwayat Muslim : 1162
c. Puasa Sunat hari Isnin dan Khamis :
“Rasulullah SAW mengambil berat tentang puasa pada hari isnin dan khamis.”
Riwayat Al Tarmizi : 745
d. Puasa Tiga hari pada Setiap Bulan :
– hari yang afdal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada bulan yang mengambang, iaitu 13, 14 & 15 setiap bulab Islam yang dikenali sebagai hari-hari putih. Kerana malam tersebut cahaya terang benderang cahaya bulan.
Rasulullah SAW bersabda :
“Kelebihan puasa pada 3 hari setiap bulan menyamai puasa sepanjang tahun.”
Riwayat Muslim : 1162
e. Puasa Enam Hari pada Bulan Syawal :
– afdal adalah puasa berturut-turut sebaik sahaja selepas hari raya Aidil Fitri.
Nabi SAW bersabda :
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, seolah olah dia berpuasa sepanjang tahun.”
Riwayat Muslim : 1264
4. Membatalkan Puasa Sunat :
– boleh membatalkan puasa tersebut dengan berbuka pada bila-bila masa tanpa wajib qadha’, sekalipun ianya makruh.
– namun seseorang yang mengqadhakan puasa fardhu, haram membatalkannya kerana menyempurnakan ibadat fardhu yang telah dimulakan adalah wajib.

Puasa Makruh dan Puasa Haram

Bismillah…
Note 21 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
PUASA MAKRUH PUASA HARAM
1. Puasa Makruh :
– hamba Allah tugasnya ialah patuh beribadat semata-mata keranaNya samada berpuasa, berbuka atau apa-apa sahaja yang dikehendakinya.
– amalan yang berpahala sekiranya ditinggalkan, melakukan tidak berpahala maupun berdosa.
i. Puasa pada hari Jumaat sahaja
– makruh. Rasulullah SAW bersabda :
“Jangan sesiapapun dikalangan kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali berpuasalah juga pada hari sebelum atau selepasnya.”
Riwayat Al Bukhari : 1884
Muslim : 1144
ii. Puasa pada hari Sabtu sahaja
– makruh. Nabi SAW bersabda :
“Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali yang Allah fardhukan kepada kamu.”
Riwayat Al Tarmizi : 744
– makruh berpuasa pada hari Ahad sahaja kerana orang Yahudi menagungkan hari Sabtu sementara orang Nasrani menagungkan hari Ahad.
iii. Puasa sepanjang Tahun
– makruh berpuasa sepanjang tahun, bimbangkan kesihatan. Sekiranya puasa tersebut tidak membahayakan diri dan tidak pula menjejaskan hak orang lain , ia tidak makruh, malah sunat dilakukan.
2. Puasa yang diHaramkan
i. Puasa di Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.
ii. Puasa pada 3 hari Tasyriq
– hari selepas hari raya Adil Adha iaitu 11, 12 & 13 zulhijjah.
iii. Puasa pada hari Syak
– hari yangbke 30 Syaaban kerana apabila anak bulan tidak kelihatan orang ramai meragui hari itu sama ada dalam bulan Syaaban atau bulan Ramadhan.
iv. Puasa pada Setengah Bulan yang kedua pada Bulan Syaaban
– haram berpuasa pada setengah bulan yang kedua pada Bulan Syaaban : “Apabila setengah bulan Syaaban berlalu, janganlah kamu berpuasa.”
Riwayat Abu Daud : 2337



I’tikaf

Bismillah…
Note 22 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
I’TIKAF
1. Pengertian I’tikaf
– bermaksud tetap dan tenteram dengan sesuatu, menurut syarak i’tikaf ialah berada dalam masjid dengan niat tertentu.
2. Dalil Pensyariatan
Firman Allah SWT :
“Dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beri’tikaf dimasjid.”
Surah Al Baqarah : 187
3. Hikmah Pensyariatan
– menyekat nafsu daripada segala keinginan yang diharuskan, menyekat diri untuk mentaati Tuhan dan menumpukan ibadat kepadaNya supaya jiwa sentiasa patuh dan tunduk mencintai Allah SWT.
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyeluruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka selamatlah ia dari hasutan nafsu itu).”
Surah Yusuf : 53
4. Hukum I’tikaf
– sunat i’tikaf pada setiap masa. Digalakkan dalam bulan Ramadhan lebih lebih lagi pada 10 akhir bulan tersebut.  I’tikaf menjadi wajib bagi sesiapa yang bernazar melakukannya.
i. Sunat pada sebarang waktu.
ii. Sunat muakkad pada 10 akhir Ramadhan. Hikmah i’tikaf dituntut pada hari tersebut untuk mendapatkan Lailatul qadr, malam termulia dalam setahun.
Firman Allah SWT :
“Malam lailatul qadr lebih baik dari seribu malam.”
Surah Al Qadr : 3
iii. Wajib sekiranya bernazar.
5. Syarat Sah I’tikaf
i. Niat : berniat berada dalam masjid selama tempoh yang tertentu dengan tujuan beribadat kerana melaksanakan sunnah.
ii. Berada didalam masjid dalam tempoh yang dikira i’tikaf pada anggapab umum : iaitu suci dari janabah, haidh, nifas dan tiada sebarang najis pada pakaian dan badan yang boleh mengotori nasjid.
– Batal i’tikaf seseorang yang keluar daripada masjid tanpa sebab, namun i’tikaf tidak batal sekiranya dia keluar dengan bersebab dan masuk semula kedalam masjid.
6. I’tikaf Nazar
– dalam tempoh tertentu secara berturut-turut, tidak harus keluar dari masjid kecuali sebab yang perlu, seperti membuang air besar/kecil, berwudhu dan sebagainya. Tidak haram keluar masjid disebabkan keperluan tersebut dan i’tikafnya juga tidak terputus.
– Bernazar i’tikaf ketika sedang berpuasa, dia wajib meneruskan.
7. Adab-adab I’tikaf
i. Orang beri’tikaf membuat amalan yang mentaati Allah SWT sepeti berzikir, membaca Al Quran, dan membincangkan ilmu pengetahuan. Ini kerana amalan itu lebih sesuai untuk mencapai tujuan i’tikaf.
ii. Beri i’tikaf serta puasa adalah afdal dan lebih maju menguasai keinginan nafsu, menumpukan fikiran dan membersihkan jiwa.
iii. Beri’tikaf di masjid, yang didirikan solat jumaat.
iv. Jangan bercakap-cakap kecuali perkara yang baik. Jangan memaki, mengumpat, mengacum dan berbual-bual perkara yang tidak berfaedah.
8. Makruh I’tikaf
i. Makruh berbekam di kepala dan badan yang terjamin tidak mengotori masjid.
ii. Banyak membuat kerja-kerja sambilan, seperti mengait benang, menjahit dan lain-lain.
9. Perkara yang Merosakkan I’tikaf
a. Bersetubuh dengan sengaja tanpa keluar air mani. Sementara perbuatan lain seperti bersentuhan dan berkucupan tidak membatalkan i’tikaf kecuali apabila keluar air mani.
b. Keluar masjid dengan sengaja tanpa sebab perlu.
c. Murtad, mabuk atau gila.
d. Haidh atau nifas, kerana kedua duanya menghalang berada dalam masjid.



Haji dan Umrah

Bismillah…
Note 23 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
HAJI DAN UMRAH
1. Pengertian Haji : bermaksud kunjungan dari segi syara’ ialah mengunjungi kaabah untuk melakukan ibadah tertentu dengan syarat yang tertentu.
Pengertian Umrah : bermaksud ziarah atau berkunjung ke tempat kediaman, dari segi syara’ ialah mengunjungi Kaabah di luar musim haji untuk melakukan ibadah.
2. Perbezaan Haji dan Umrah :
Berbeza dari segi masa dan beberapa hukumnya.
i. Dari Segi Masa : Ibadah haji dilakukan dalam bulan-bulan tertentu iaitu Syawal, Zulkaedah dan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Umrah pula boleh dilakukan pada bila-bila sepanjang tahun, selain daripada masa ibadah haji bagi sesiapa yang berniat mengerjakannya.
ii. Dari Segi Hukum : Ibadah haji mengandungi wuquf di Arafah, bermalam di Muzadalifah dan di Mina serta melontar dibeberapa Jamrah di Mina. Umrah pula tidak berkaitan dengan perkara-perkara di atas, ia hanya mengandungi niat, tawaf dan bercukur atau bergunting.
3. Sejarah Haji dan Umrah:
– tarikh persyariatan haji dan umrah adalah pada tahun 9 Hijrah.
4. Hukum Haji dan Dalil:
– haji adalah fardhu dan salah satu daripada rukun Islam.
5. Ijma':
Para ulama’ bersepakat memutuskan bahawa haji adalah fardhu, tanpa seseorang dikalangan mereka berpendapat sebaliknya. Mereka menghukum kafir kepada yang mengingkari sesuatu yg telah thabit dengan Al Quran, Al Sunnah dan Ijma’.
6. Hukum dan Dalil Umrah:
– Imam Al Shafie menyatakan umrah adalah fardhu, sebagaimana haji.
Al Quran:
Allah SWT berfirman :
“Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.”
Surah Al Baqarah : 196
Al Sunnah:
Aisyah R. Anha, katanya “Wahai, Rasulullah, apakah jihad bagi kaum wanita?” Baginda bersabda : “Ya, jihad tanpa peperangan, iaitu haji dan umrah.”
Riwayat Ibn Majah (3013)
Sanad yg sahih.
Perhatian :
Berapa kali wajib mengerjakan haji dan umrah?
Jawapan : Haji dan umrah wajib dilakukan oleh mereka yang mampu, hanya sekali seumur hidup kecuali jika bernazar, ia wajib ditunaikan dengan segera.
Berapa kalikah Rasulullah mengerjakan haji dan umrah?
Jawapan : Ibadah haji sekalo dan umrah sebanyak 4 kali.
Anas bin Malik berkata : “Baginda mengerjakan sekali haji dan umrah sebanyak empat kali, iaitu sekali pada bulan Zulkaedah, sekali semasa perjanjian Hudaibiyah, sekali Baginda mengerjakan haji dan sekali lagi semasa membahagi-bahagikan harta rampasan peperangan Hunain di Ji’ranah.”
Riwayat Al Tarmizi : 821
Sheikh Al Bani berkata hadis ni sahih.

Hikmah Haji dan Umrah

Bismillah…
Note 24 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
HIKMAH HAJI DAN UMRAH SERTA FAEDAHNYA
Allah SWT berfirman :
“Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta mengingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka-mereka binatang ternakan (untuk dijadikan qurban). Dengan yang demikian, makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
Surah Al Hajj : 28
1. Perhimpunan Orang Islam :
– Agama Islam dibangunkan atas dasar bersatu dan berbaik-baik dikalangan Muslimin. Allah SWT telah menjadikan sebahagian besar ibadah yang disyariatkan sebagai pertemuan dikalangan mereka dengan pelbagao cara.
– Pertemuan berulang-ulang pada setiap hari sebanyak lima kali diperingkat kampong atau mukim, tujuan Allah mensyariatkan solat secara berjemaah dan sekali seminggu, diperingkat mukim melalui solat Jumaat.
– Ibadah Haji ke Baitullah Al Haram sebagai pertemuaan yang berulang-ulang, sekali pada setiap tahun.
2. Persaudaraan Sesama Islam :
– Menghayati Ukhuwah Islamiyah dan menzahirkannya secara terbuka tanpa dipengaruhi halangan bahasa dan kedudukan negara yang berjauhan adalah cara yang terbaik untuk menghidupkan suasana ukhwah.
3. Kesatuan Umat Islam :
– Bertemu di Makkah Al Mukarramah, iaitu tempat umat Islam mula tersebar dibumi, yang memancarkan cahaya tauhid ke selirih pelusuk alam.
4. Persamaan di kalangan Umat Islam :
– Tiada perbezaan antara yg kaya dengan yg miskin, pemimpin dengan rakyat dan pekerja dengan majikan. Kesemua ditenggelami oleh perasaan kerohanian yg sama yakni kegembiraan mendampingi Allah dan mencari keredhaan-Nya.
5. Mengimbau Peristiwa Lampau :
– Mengingati org Islam tentang sejarah para Nabi dan Rasul. Setiap tempat ibadah haji mengandungi peristiwa yg banyak menjadi kenangan kepada mereka yg mengerjakan haji.
– Kaabah, orang yang beriman terbayang difikiran mereka akan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang membinanya dan Rasulullah SAW yg memgucup Hajar Asward dan meruntuhkan berhala dengan penuh kehinaan.
– Bukit Sofa dan Marwah pula, orang Islam teringat peristiwa Sayyidatina Hajar yang berulang alik antara kedua duanya kerana mencari air untuk anaknya Nabi Ismail AS.



Hikmah Haji dan Umrah 2

Bismillah…
Note 25 : sambungan note 24
– Di Mina, ketika berada di tiga jamrah, mereka dapat merasakan Nabi Ibrahim AS melawan syaitan, menentang suruhannya dan membalingnya dengan anak-anak batu. Nabi Ibrahim AS menerima perintah Allah SWT dan melaksanakan wahyu, melalui mimpi supaya menyembelih anaknya.
– Sementara di Arafah berbagai-bagai dorongan akan timbul disanubari orang mukmin untuk mencari rahmat Allah dan mengharapkan pengampunan-Nya.
– Rasullulah SAW wuquf semasa mengerjakan haji yang penghabisan, sambil duduk dibelakang untanya, Baginda berkhutbah :
“Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu itu satu, kamu semua daripada Adam dan Adam itu pula daripada tanah. Tidak ada kelebihan bagi orang Arab mengatasi orang Ajam kecuali dengan taqwa. Waspadalah selepas ketiadaanku, janganlah kamu kembali menjadi kafir yang membunuh-bunuh dikalangan kamu.”
Riwayat Imam Ahmad berkata al sanadnya sahih, Al Tarmizi, Ibn Al Sakir, Ibn Al Mubarak.
6. Memperolehi Rezeki :
– Kesemua hikmah tersebut rezeki yang diperolehi fakir miskin di tempat-tempat berkenaan pada musim haji penuh berkat.
7. Pendidikan Rohani dan Jasmani :
– Latihan jasmani bagi menghadapi keadaan suka, menempuhi pelbagai kesulitan dan tabah menghadapi cabaran.
– Rohani mendidik budi perkerti manusoa supaya merendah diri, bertolak ansur, bergaul dengan baik dan berlemah lembut.


2 comments:

  1. Assalamua'laikum Tuan,
    Soalan saya,bagaimana mengira zakat simpanan jika bank A=tidak cukup nisab dan haul bank B= cukup haul tapi tak cukup nisab bank C=cukup nisab dan haul
    Dan cara kira zakat emas jika bank A=tidak cukup nisab dan haul bank B=cukup nisab dan haul

    ReplyDelete
  2. Perbincangan fiqh dalam artikel ini sangat bermanfaat untuk memahami lebih mendalam tentang ibadah dalam Islam. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan haji dan umrah, terdapat pelbagai aspek penting seperti syarat, rukun, dan perbezaan utama yang perlu diketahui.

    ReplyDelete