Monday, May 18, 2015

NOTA KULIAH 1 HINGGA 67

FIQH al manhaji Nasrol Ali, [28.01.15 11:00]
[Forwarded fromCikguRahim]
CikguRahim, [29.01.15 19:09] buku rujukan
karangan mustafa al bugho ...
kitab fiqh mazhab asy syafi'i..

KULIAH 1..PENGERTIAN FIQH
Pengertian Fiqh

Fiqih menurut bahasa berarti ‘paham’, seperti dalam firman Allah:

“Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun?” (QS.An Nisa:78)
dan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Sesungguhnya panjangnya shalat dan pendeknya khutbah seseorang, merupakan tanda akan kepahamannya.” (Muslim no. 1437, Ahmad no. 17598, Daarimi no. 1511)

Dari segi istilah pula Fiqah pula terbahagi kpd 2...
1. Mengetahui hukum2 syarak yg berkaitan dgn perbuatan dan perkataan orang2 yg mukalaf yg diambil drpd dalil2 yg nyata dan jelas iaitu almquran dan as sunnah dan pecahan drpd ke2nya seprti ijma dan istihad.
2. Semua Hukum2 syarak yg kita ketahui berdasarkan drpd sumber2 td dinamakan feqah dr segi istilah.

Perbezaan diantara je2nya ialah yg per1 digunakan utk mengetahui hukum hakam danmyg ke2 ialah digunakan pada hukum2 syarak itu sendiri..Wallahualam

KULIAH 3 ISTILAH ISTILAH DALAM FEQAH
Istilah2 dlm feqah...

1. Fardhu
2. Wajib
3. Fardhu ain
4. Fardhu kifayah
5. Rukun
6. Syarat
7. Sunat
8. Harus
9. Haram
10. Makruh*makruh tanzih/*makruh tahrim
11. Tunai
12. Qada
13. I'adah( mengulang)Nasrol Ali, [31.01.15 12:16]

KULIAH 4 HUKUM SYARAK
Hukum syarak ada 5...
1. Wajib
2. Sunat
3. Harus
4. Haram
5. Makruh

KULIAH 5 BERSUCI
Bersuci...
Dari segi syarak ialah perbuatan yg apabila dilakukan akan mengharuskan solat didirikan atau apa2 perkara berkaitan sgn hukum solat,seperti berwudhu kpd sesiapa yg tidak berada dlm keadaan berwudhu, mandi kepada sesiapa yg diwajibkan mandi dan meghilangkan najis drpd pakaian,badan dan tempat....

Dalil...
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

?:: Siapa "al-Rabbani"? ::
Firman Allah Ta'ala: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang Rabbani." [Surah Ali 'Imran, 79] Kata al-Imam al-Thabari (w 310 H) di dalam tafsir beliau: 

"Adapun "orang-orang yang Rabbani" [1] mereka adalah tunjang kepada manusia samada dalam soal fiqh, 'ilmu, urusan-urusan agama juga urusan-urusan dunia. Oleh kerana itulah, Mujahid berkata: "Mereka (iaitu orang-orang yang Rabbani) mengatasi (kedudukan) al-Ahbar (iaitu ahli-ahli agama). Ini adalah kerana al-Ahbar mereka adalah 'ulama', sedangkan al-Rabbani adalah orang yang menghimpunkan antara 'ilmu dan fiqh, peka terhadap soal politik, pentadbiran dan melaksanakan urusan-urusan (hak) rakyat, serta (melaksanakan) apa yang terbaik untuk urusan dunia mahupun urusan agama rakyat." [Lihat: Tafsir al-Thabari oleh al-Imam Ibn Jarir al-Thabari rahimahullah, jld 6 m/s 544. Hasyiah oleh Mahmud Muhammad Syakir dan takhrij hadits oleh Ahmad Muhammad Syakir. Maktabah Ibn Taimiyah, Kaherah]
_______
[1] Kata al-Syaikh Mahmud Muhammad Syakir di dalam hasyiah kepada Tafsir al-Thabari:
"Inilah tafsiran yang terbaik yang pernah aku baca berkenaan makna al-Rabbani."

NOTA 6 AIR  
Air terbahagi kepada 4 bahagian:
1. Suci lagi menyucikan.
2. Suci lagi menyucikan ttp makruh.
3. Suci ttp tidak menyucikan.
4. Bernajis.

Air yg suci...
1. Air hujan.
2. Air laut.
3. Air perigi.
4. Air sungai.
5. Air mata air.
6. Air salji.
7. Air embun.

Semua air yg tergolong dlm 2 kategori iaitu air yg turun dari langit dan air yg keluar dari bumi. 
Dalil:
إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَام
 Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya.(Al Anfal:11)

وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۚ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا

Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci. (Al Furqan:48)

NOTA 7 JENIS AIR
AIR MUTLAK
1. Air yg suci lg menyucikan. (Air mutlak)
Yang kekal sifat kejadiannya walaupun ia sudah berubah dgn sbb lama ditinggal atau disebabkan tanah,ada kiambang diatasnya,lumut,belerang.
Ini kerana air tersebut sukar utk dielakkan drpd perkara2 tersebut. 
Apabila air mutlak yg lebih drpd 2 qullah(230liter) dimasuki oleh sesuatu benda yg tidak mengubah nama atau sifat air , maka air itu masih lagi dianggap air mutlak. Tetapi jika berubah sifatnya yakni sama ada bau,rasa dan warna,maka air itu tidak lagi boleh di gunakan utk bersuci.

Cth:air mutlak itu dimasukkan kopi maka ia telah menjadi air kopi dan hanya boleh dibuat minum.sbb telah berubah nama menjadi air kopi.
Dan jika air mutlak itu kurang dr 2 qullah dan dimasuki sesuatu najis (sama ada tidak berubah sifatnya)maka air tersebut tetap tidak boleh digunakannutk bersuci.

NOTA 8 - BAB AIR
1. Air yg suci lg menyucikan. (Air mutlak)
Yang kekal sifat kejadiannya walaupun ia sudah berubah dgn sbb lama ditinggal atau disebabkan tanah,ada kiambang diatasnya,lumut,belerang.
Ini kerana air tersebut sukar utk dielakkan drpd perkara2 tersebut. 
Apabila air mutlak yg lebih drpd 2 qullah(230liter) dimasuki oleh sesuatu benda yg tidak mengubah nama atau sifat air , maka air itu masih lagi dianggap air mutlak. Tetapi jika berubah sifatnya yakni sama ada bau,rasa dan warna,maka air itu tidak lagi boleh di gunakan utk bersuci.

Cth:air mutlak itu dimasukkan kopi maka ia telah menjadi air kopi dan hanya boleh dibuat minum.sbb telah berubah nama menjadi air kopi.
Dan jika air mutlak itu kurang dr 2 qullah dan dimasuki sesuatu najis (sama ada tidak berubah sifatnya)maka air tersebut tetap tidak boleh digunakannutk bersuci.

2.Air suci lagi menyucikan ttp makruh. AIR MUSYAMMAS.
Yakni air mutlak yg terjemur dimtengah panas matahari didalam BEKAS YG MEMPUNYAI KARAT (bekas dr zink,besi atau sbgnya yg boleh berkarat) dan digunakan ketika air itu masih panas.
Menurut imam Syafie air ini boleh menyebabkan penyakit sopak.

3. Air yg suci tetapi tidak menyucikan. AIR MUSTAKMAL
Yakni air yg telah digunakan nutk mengangkat hadas sama ada hadas besar atau hadas kecil, yang ditadah semula dan air itu sampai 2 qullah.
Maka air ini dikira mustakmal iaitu tidak boleh digunakannutk bersuci.
Ia hanya boleh digunakan utk minum,makan,membasuh(bukan najis).

4. Bernajis...AIR MUNTANAJIS.
Air yg kurang drpd 2 qullah dimasuki oleh najis sama ada air itu berubah ataupun tidak, ia sikenali sebagai mutanajis.

Begitu juga sekiranya air yg lebih drpd 2 qullah dimasuki najis lalu air itu berubah rasa,bau atau warnanya,maka air itu tidak boleh dibuatnbersuci atau minum.
Qullah ialah sejenis mcm kantung air kulit yg dibuat di sebuah daerah Baghdadi yg boleh diisi air sebanyak 500 kati air bersamaan 192.875 kg atau bersamaan 1 1/4 hasta ,4 persegi tinggi ,lebar dan dalam.

NOTA 9 - BAB WUDHUK

Dari segi bahasa bermaksud elok dan berseri.
Dari segi syarak bermaksud perbuatan menggunakan air pada anggota2 tertentu beserta dgn niat ataupun air yg digunakan utk berwudhuk.

Fardhu wudhu' ada 6:
Dalam mazhab asy syafi'i, fardhu dalam wudhu' seperti berikut:

Fardhu Wudhu
1. Niat. Hadith Al Bukhari 1, Muslim 1907.
2. Membasuh wajah. Muslim 246
3. Membasuh kedua tangan hingga siku. Muslim 246.
4. Mengusap sebagian rambut kepala. Muslim 274.
5. Membasuh kedua kaki hingga kedua buku lali. 
6. Tertib (berturutan)

Dalil al quran..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; 

*pastikan air sampai pada setiap tempat yg dibasuh.

FORMULA INGAT RUKUN WUDHU
Nasrol Ali, [03.03.15 09:10]
2 kering tuu niat dan tertib..
4 basah tu anggota wudhu yg wajib...
2 kering 4 basah (sifirnya)
Nasrol Ali, [03.03.15 09:13]
Ikut imam syafie sebahagian rambut bukan kulit kepala..
Sekadar sapu bukan basuh.
.
2 kering 4 basah...

NOTA 10
1. Niat .
Niat ini yg membezakan antara adat dgn ibadat...
Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat,dan bagi setiap seseorang itu (berdasarkan) kepada apa yg diniatkan..(Bukhari 1.)
Niat adalah hati bukannya lafaz.

2. Membasuh wajah.
Sempadan muka darimsegi memanjang bermula drpd tempat tumbuhnya rambut(bahagian atas) hingga bahagian paling bawahndagu dan dari segi lebar bermula drpd telinga hingga ke telinga. 
Wajib basuh kesemuannya yg ada pada muka bulu kening,misai janggut : zahir dan batin kecuali janggut yg tebal.

3. Membasuh kedua tangan hingga siku. 
Siku adalah anggota yg wajib dibasuh.
Wajib meratakan basuhan. Sekiranya dibawah kuku terdapat kotoran , cincin atau apa saja yg menghalang drpd smpinya air, maka wudhu itu x sah.
Dalil...Seorang lelaki telah berwudhu dan meninggalkan satu tempat pada kuku kakinya. Perbuatannya dilihat oleh Nabi saw lalu Baginda bersabda: kembalilah dan perbaiki wudhu kamu. Lalu dia kembali menyempurnakannya dan bersolat...(Muslim 243)

4. Menyapu kepala.
Menyapu sebahagian kepala walaupun sehelai rambut selama ia berada dlm sempadan kepala.(harus)
Dalil...Al Mughirah bin Syu'bah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw telah berwudhu dan Baginda menyapu ubun2nya dan meyapu diatas kain serban di kepala nya...(Muslim 274)

5. Membasuh kedua2 kaki hingga kebuku lali.
Buku lali ialah tulang yg timbul(berbonggol) drpd setipa kaki. Anggota yg wajib dibasuh.

6. Tertib. Berdasarkan dalil al quran (mengikut turutan)..

Daripada Abu Hurairah r,a.:
Dia telah berwudhu dengan membasuh mukanya lalu dia menyempurnakan wudhuknya. Kemudian dua membasuh tangan kanannya hingga ke bahagian natas siku, kemudian tangan kirinya hingga ke bahagian atas sikunya. Kemudian dia menyapu kepalanya. Kemudian dua membasuh kaki kanannya hingga ke betis, kemudian dia membasuh kaki kirinya hingga ke betis. Kemudian dia berkata:Demikianlah aku melihat Rasulullah saw. berwudhu..(Muslim 246).

NOTA 11 SUNAT WUDHUK
Sunat sunat Wudhu...

1. Membaca basmalah.
Ulama mengatakan setiap perkara yg tidak dimulakan dgn basmalah maka pekerjaan itu tidak mengandungi keberkatan.
2. Membasuh 2 tapak tangan sebanyak 3kali sebelum memasukan tangan kedalam bekas air.
3. Bersiwak/memberus gigi...
Kalaulah tidak kerana membebankan umatku,nescaya aku perintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali berwudhu...Bukhari 847...Muslim 252.
4. Berkumur2 dan memasukkan air kedalam hidung.(insyiqaq).
5. Menyelati janggut yg tebal..
6. Menyapu keseluruhan kepala.
7. Menyelati celah2 jari tangan dan kaki..
8. Menyapu kedua telinga zahir dan batin.
9. Membasuh/menyapu semua fardhu wudhu dan sunat2nya sebanyak 3 kali.
10. Mendahulukan kanan.
11. Mengosok iaitu melalukan tangan keatas anggota ketika membasuhnya.
12. Berturut2..
13. Melebihkan basuhan.
14. Bersederhana dlm menggunakan air.(jgn membazir).
15. Menghadap kiblat.
16. Tidak bercakap2 ketika berwudhu. 
17. Berdoa selepas berwudhu.


Nota 12 PERKARA2 MAKRUH WUDHUK
1. Berlebihan dlm menggunakan air...
Sesungguhnya akan ada dikalangan umatku ini,satu kaum yg melampau ketika bersuci san berdoa...Abu Daud 96.
2. Mendahulukan kiri dari yg kanan.
3. Mengelap wudhunya tanpa keuzuran.
4. Memukul muka dgn air .
5. Membasuh atau menyapu lebih dr 3 kali.
6. Meminta org lain supaya membasuh anggota2 wudhunya, tanpa keuzuran. 
7. Berlebihan ketika berkumur terutama ketika berpuasa.

NOTA 13 PERKARA MEMBATALKAN WUDHUK
1. Semua yg keluar drpd salah 1 drpd 2 jln(qubul dan dubur).
Dalil… Allah tidak menerima solat seorang kamu apabila ia berhadas,sehingga ia mengambil wudhu semula. Lalu seorang lelaki dari penduduk Hadramaut bertanya:Apakah hadas tersebut wahai Abu Hurairah? Jawab Abu Hurairah ra: kentut dgn bunyi atau tanpa bunyi...Bukhari 135...Muslim 225.
2. Tidur yg tidak tetap, yakni papan punggungnya tidak tetap dan mempunyai ruang antaranya dgn lantai.
3. Hilang akal sebab mabuk,pitam,gila. kerana dibimbangi keluar sesuatu drpd 2 jln itu tanpa disedari.
4. Lelaki/ suami menyentuh isterinya atau perempuan ajnabiyah tanpa lapik.
5. Menyentuh kemaluan sendiri atau orang lain(walaupun kanak2) DGN TAPAK TANGAN DAN PERUT JARI TANPA LAPIK.

Nota 14. PERKARA2 YANG DISYARAT BERWUDHU
1. Mendirikan solat..Dalilnya surah al maidah ayat 6.
Hadith Al Bukhari 135 dan Imam Muslim 225...
Allah tidak menerima solat seseorang kamu , bilandia berhadas sehinggalah dia berwudhu...
2. Bertawaf...
Tawaf mengeliling i Baitullah itu sama seperti solat melainkan kamu boleh bercakap2 ketika melakukannya. Oleh itu sesiapa yg bercakap2 ketika itu,maka jgnlahndia bercakap kecuali yg baik2.. At Tirmidzi 960 dan Al Hakim dan beliau telah mensahihkannya.
3. Menyentuh Al Quran,menanggung dan membawanya..
لَا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;...Al Waaqiah..79.

Cara wudhu Rasulullah saw yg sempurna...
Imam Bukhari telah meriwayatkan dalam sahihnya (162) drpd Uthman bin Affhan r.a:
Beliau meminta air utk berwudhu, lalu menuangkan dari bekas air tersebut utk membasuh kedua tangannya 3 kali, kemudian beliau berkumur, memasukkan air kedalam hidung dan mengeluarkannya, kemudian membasuh mukanya 3 kali dan kedua2 tangannya hingga kesiku 3 kali( menurut 1 riwayat yg lain: kemudian beliau membasuh tangan kanannya 3 kali kemudian tangan kirinya 3 kali) kemudian beliau menyapu kepalanya, kemudian membasuh kaki 3 kali( menurut riwayat yg lain: beliau membasuh membasuh kaki kanannya 3 kali dan kemudian kaki kirinya 3 kali) kemudian berkata: Aku telah melihat Rasulullah saw berwudhu seperti wudhuku ini dan Baginda saw bersabda: Barangsiapa mengambil wudhu seperti wudhu ini kemudiannya dia bersolat 2 rakaat dlm keadaan dia tidak bercakap mengenai perkara duniawi diantara keduanya(berwudhu kemudian terus bersolat) maka Allah mengampunkan dosa2nya yg telah lalu...
Sujud sajadah atau tilawah adalah sunat..
Dalam mazhab kita itu dikira ibadah maka perlu ada wudhu..
Tp ia juga khilaf ulama...Wallahualam.

NOTA 15
MENYAPU KHUF...
1. Kita kena tahu sifat2 khuf
2. Cara2 menggunakan khuf.
3. Tempoh menggunakan khuf..

Dalil menyapu khuf....
Drpd Jarir bin Abdullah al Bajalin ra menceritakan...
Aku telah melihat Nabi saw (pergi) buang air kecil,kemudian Baginda saw berwudhu dan menyapu diatas kedua2 khufnya..Al Bukhari 1478...Muslim 272..
Ali bin Abi Talib r.a berkata...Seandainya agama itu hanya dgn pendapat akal semata2 nescaya dibahagian bawah khuf itu adalah yg layak utk disapu drpd diatasnya dan sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah saw menyapu dibahagian atas kedua2nya khufnya... Abu Daud (162).
Sifat2 khuf...
1. Hendaklah kedua2nya menutupi semua tempat kaki yg wajid dibasuh ketika berwudhu, krn kedua2nya tidak dinamakan khuf kecuali dlm keadaan demikian.
2. Hendaklah keduanya tahan drpd dimasuki air kedlm kaki, kecuali bahagian jahitan.
3. Hendaklah kuat dan tahan lasak .
4. Kedua2nya mestilah suci sekiranya diperbuat dr kulit haiwan/ bangkai (mesti disamak).

Cara menyapu khuf...
Sapu yg dituntut ialah menyapu air walaupun sedikit dibahagian atas khuf dan tidak memadai jika disapu dibahagian bawah khuf... 
Disunatkan menyapu bahagian atas dan bawah dgn meletakkan jari2 tangan kanan dlm keadaan terbuka dibahagian hadapan atas khuf dan jari2 tangan kiri pula dibahagian bawah belakang khuf kemudian menarik tangan kanannya kebelakang dan menolak tangan kirinya kedepan.
Cara2 menggunakan dan tempoh khuf...
Sebelum memakai khuf perlulah kita berwudhu dahulu.dan jika batal wudhu itu maka x perlu membuka khuf ketika mengambil wudhu yg baru cukup sekadar kita menyapunya sahaja.
Utk org yg tidak bermusafir ia dibolehkan selama sehari semalam bermula dr batalnya wudhunya yg pertama yakni wudhu sebelum memakai khuf atau bermulanya wudhu yg kedua.utk yg bermusafir selama 3 hari selagi khuf itu tidak ditanggalkan.
Perkara2 yg membatalkan sapu khuf....
1.Mencabut atau membuka salah 1 khuf atay kedua2nya. 
2. Tamat tempoh sapu. Bila habis tempoh kena buka khuf dan berwudhu sepeti biasa dan memakainya kembali.
3. Berlakunya perkara2 yg mewajibkannya mandi wajib...

NOTA 16
Hukum Al Jabaair dan Al Asaa'ib..
Al Jabaair:ikatan yg diletakkan(membalut) diatas anggota yg patah.
Al Asaa'ib :ikatan yg diletakkan diatas anggota yg luka bg menjaganya sehingga sembuh.
Sekiranya perlu meletakkan balutan , maka ketika itu dia wajib melakukan 3 perkara:
1. Membasuh bahagian yg selamat (tak sakit) pada anggota yg luka atau patah.
2. Menyapu selutuh balutan atau ikatannya.
3. Bertayamum sebagai ganti membasuh bahagian yg sakit apabila sampai kpd anggota tersebut ketika berwudhu. 

Sekiranya x perlu balut ttp x boleh kena air pd anggota wudhu caranya sama juga.
Wajib mengulangi tayamum pada setiap kali solat fardhu sekali pun tidak berhadas. 
Wudhu x perlu ambil jika tidak berhadas.
Tempoh menyapu diatas Al Jabaair dan Al Asaa'ib. 
 Tidak mempunyai tempoh.
Selagi keuzuran masih berlaku.
Apabila sudah sembuh maka batallah sapu dan wajib dibasuh.
Seandainya telah sembuh, sedangkan dia masih dlm keadaan berwudhu, maka wajib dia menyapu atau membasuh anggota yg terlibat( yg telah dibuka balutannya),dan juga anghota wudhu selepas anggota tersebut.(cth : tangan kanan telah sembuh maka tangan kanan perlu dibasuh dan kemudian tangan kiri dan sehingga ke2 belah kaki).
Ttp jika ketika berjunub dan dia mandi dgn keadaan masih berbalut kemudian apabila sembuh maka dia hanya perlu basuh anggota itu sahaja. (X perlu mandi semula).

Wajib menqadha solatnya sekiranya balutan tersebut dlm salah 1 keadaan berikut..
1. Apabila ketika balutan dilakukan dia berada dlm keadaan berhadas dan tidak dibenarkan membukanya.
2. Balutan itu pada anggota tayamum iaitu mukandan ke2 tangan.
3. Apabila kawasan yg sihat tp dibalut melebihi kadar balutan pada tempat sakit.

Nota 17 Mandi 
Mengalirkan air ke atas badan dgn niat tertentu.
2 jenis mandi:
1⃣ mandi wajib
2⃣ mandi sunat.
 sebab2 mandi wajib: janabah, haid, melahirkan anak dan mati.

1⃣ janabah
sebab2 janabah:
1. keluar mani. 2. bersetubuh(walaupun x keluar air mani)
perkara2 yg dilarang disebabkab janabah.
1. solat
2. tinggal dan duduk dlm masjid.
3. tawaf
4. membaca al quran
5. menyentuh al quran, menanggungnya atau menyentuh kertas atau kulitnya atau membawanya dlm plastik atau peti.

Nota 18.
Mandi yg disunatkan.
1. Mandi hari jumaat
2. Mandi dua hari raya
3. Mandi solat istisqa'
4. Mandi selepas mandi mayat.
5. Mandi berkaitan ibadat haji; pakai ihram, masuk mekah, wukuf, melontar jamrah, masuk madinah.

Mandi2 sunat..
1. Mandi pada hari jumaat. 
Disunatkan mandi bg org yg ingin menghadiri solat jumaat. Sekalipun yg tidak diwajibkan solat jumaat.
Waktu mandi. 
Bermula ketika terbit fajar sadiq. Lebih afdhal ketika hendak pergi solat jumaat. 
Dalil: Apabila seorangndrmkamu ingin menghadiri solat jumaat maka hendaklah dia mandi..Al Bukhari 837.
2. Mandi pada 2 hari raya.
Disunatkan kpd semua.
Waktu mandi. Bermula pertengahan malam raya.
3. Mandi gerhana matahari dan bulan.
Disunatkan ketika hendak mendirikan solat gerhana.
Waktunya apabila mula berlaku gerhana.
4. Mandi istiqa.(minta hujan)
Disunatkan sebelum keluar utk mendirikan solat. 
5. Mandi selepas memandikan mayat.
Disunatkan kpd sesiapa yg memandikan mayat.
Dalilnya:sesiapa yg memandikan mayat maka hendaklah dia mandi..Imam Ahmad dan para pengaranh kitab sunan.

6. Mandi yg berkaitan ibadah haji.
🔵 untuk memakai ihram
🔵ketika hendak masuk mekah
🔵 ketika hendak wukuf
🔵 untuk melontar 
🔵 untuk masuk Madinah

Nota 19.
Cara mandi wajib.
1. Niat.
Sesungguhnya segala amalan itu dengan niat.
2. Membasuh/ meratakan seluruh badannyg zahir dengan air termasuk kulit atau rambut. Perlu sampai kepangkal rambut.
89. Telah menceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Hisyam bin Urwah dari bapaknya dari Aisyah, Ummul Mukminin; bahwa apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mandi dari junub, beliau memulai dengan membasuh kedua tangannya. Berwudlu sebagaimana wudlu untuk shalat. Memasukkan jari-jarinya ke dalam air dan menyelat-nyelatinya ke pangkal rambut, lalu beliau menuangkan air di atas kepalanya tiga cebok dengan kedua tangannya, kemudian meratakan air ke seluruh kulitnya.

Perkara sunat dlm mandi wajib.
🔵 Membasuh kedua tangan. 
🔵 Membasuk kemaluan dgn tangan kiri.
🔵 Membersihkan segala kotoran yg ada pd badan.
🔵 Berwudhu. 
🔵 Menyelati rambut kepala dgn air dan basuh kepala 3x.
🔵 Mendahulukan kanan.
🔵 Bersungguh2 membasuh bahagian lipatan pd tubuh.
Hendaklah mengambil air dan membasuh pelipat seperti telinga,perut,pusat , ketiak.
Sekiranya yakin bahawa air tidak akan sampai ke tempat tersebut melainkan dgn berbuat demikian , makan perbuatan tersebut menjadi wajib.
Dari ‘Aisyah Radhiyallahu anhuma, ia berkata, “Dahulu, jika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam hendak mandi janabah (junub), beliau memulainya dengan membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwudhu sebagaimana berwudhu untuk shalat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga jika beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak tiga kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya." Muttafaqun alaih

Nota 20.
Tayamum..
Maksud pada syarak ialah menyampaikan tanah yg suci kemuka dan kedua tangan dgn niat dan cara yg tertentu. 
Sebab2 tayamum...
1. Ketiadaan air.
2. Terlalu jauh utk mendapatkan air( jaraknya 2.5 km).
3. Air yg ada cukup utk diminum(utk jaga nyawa)
4. Air diawasi/dikawal oleh musuh.
5. Jika menggunakan air utk bersuci akan memudharatkan.
6. Cuaca terlalu sejuk...
Dalil..Amru bin Al As ra. Telah bertayamum drpd junub kerana takut binasa disebabkan cuaca yg terlalu sejuk...Nabi saw memperakuinya.(Abu Daud, Al Hakim dan Ibnu Hibban mensahihkannya).
Nota 21.
Syarat2 Tayamum. 
1. Mengetahui masuk waktu.
2. Mencari air selepas masuk waktu.
3. Tanah yg berdebu yg suci dan menyucikan dan tidak bercampur dgn tepung(bersgu) atau simen.
4. Menghilangkan najis terlebih dahulu.
5. Berijtihad menentukan arah kiblat sebelum bertayamum. 

Rukun2 Tayamum. 
1. Niat Sahaja aku bertayamum krn mengharuskan solat.
2. Menyapu muka dan kedua tangan hinggamke siku dgn 2kali tepuk.
3. Tertib
NOTA: Bila tayamum. Adakah wajib rata debu ke anggota tayamum atau sekadar syarat sapu saja walau tak rata? Sekadar sapu sahaja..

Sunat2 Tayamum. 
1. Semua perkara yg disunatkan ketika berwudhu. 
Seperti membaca basmalah, memulainya bahagian kanan. 
2. Membuka jari2 ketika menepuk tanah.
3. Menipis atau mengurangkan ketebalan tanah dgn cara meniup atau menepuk..
Bertayamum selepas masuknya waktu.
Tayamum hanya utk sekali solat fardhu atau qadha dan sebanyak mungkin utk solat sunat.
Tayamum utk ganti mandi wajib...
Apabila cukup sebab2 bertayamum. 

Perkara2 yg membatalkan Tayamum. 
1. Semua perkara yg membatalkan wudhu. 
2. Apabila ada air.
3. Mampu utk menggunakan air seperti setelah sembuh dr sakit. 
4. Murtad(Waiyazubillaminzalik).

Benda2 najis
1. Arak dan semua cecair yg memabukkan.
Dalil al maidah: 95
Riwayat ibn umar, rasulullah saw bersabda:"setiap yg memabukkan adalah arak dan semua arak adalah haram"Muslim 2003.
Cth, cecair campuran ketum adalah najis.
2. Anjing dan babi. Dalil hadith muslim:279
Manhaj imam asy syafi'i dlm mengeluarkan hukum, jika tidak terdapat dalam al quran, rujukan seterusnya ialah hadith sahih.
Mazhab Hanafi berpendapat anjing bukanlah najis 'ain.. babi najis 'ain. Mulut, air liur dan tahi anjing sahaja najis. 
Mazhab Maliki pula berpendapat anjing itu binatang suci. 

Hujah imam Asy Syafi'i, jika air lior itu najis, anggota yg lain lagi najis termasuk peluhnya. Ada hadith lain, rasullah saw tidak melayani jemputan ke rumah yg ada anjing. 😇

Kuliah 24
Rujuk al fiqh al manhaji

Dalil solat difardhukan
Rum ayat 17-18
An Nisa' ayat 203
Hadith israk wa mikraj
Hadith Muaz b Jabbal diutus ke Yaman.
Hadith jawapan Rasulullah kpd pertanyaan seorang Badwi.
Kedudukan solat
Ibadat badaniah yg paling afdhal.
"Allah akan hapus dosa2 dgn menunaikan solat lima waktu"Al Bukhari: 505
Sikap meringan2kan solat boleh membawa kpd kekufuran. Riwayat Ahmad: 6/421

Nota 25
Hukum meninggalkan solat:
Sesiapa yang meninggalkan solat hukum wajibnya atau mempersendakan akan menjadi kafir atau terkeluar daripada agama islam.
Jika dia meninggal dunia sebagai seorang murtad, mayatnya tidak harus dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Malah tidak harus dikuburkan diperkuburan Islam.
Rasulullah SAW penah bersabda
Jangan engkau sengaja meninggalkan solat sesungguhnya sesiapa yg sengaja meninggalkan solat dia akan terlepas mendapat perlindungan Allah dan Rasulnya.

Note 26
Waktu Solat Fardhu:
Lima waktu solat :
1. Subuh : dari terbit fajar selama matahari belum terbit.
2. Zuhur : apabila matahari gelincir sehingga bayang-bayang seseorang menyamai ketinggiannya selama belum menjelang waktu Asar.
3. Asar : bermula berakhirnya waktu zuhur sehingga matahari terbenam.
4. Magrib : apabila matahari terbenam dan berterusan hingga syafaq merah hilang serta kesannya tidak kelihatan lagi sebelah barat.
5. Isyak : berakhirnya waktu magrib dan berterusan hingga terbit fajar sodiq. (Cahaya yang menyerlah disepanjang ufuk timur). Sebaik baik solat isyak tidak dilewatkan daripada 1/3 malam.
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
Surah Al Nisa : 103 Riwayat Imam Ahmad (6/421)

Note 27
Rujuk Al Fiqh Al Manhaji
Waktu Makruh Bersolat:
1. Ketika matahari rembang - kecuali pada hari Jumaat dan selepas subuh hingga matahari kelihatan setinggi sebatang tombak atau lembing.
2. Selepas solat Asar sehingga matahari terbenam.
Uqbah bin Amir RA berkata
"Terdapat tiga masa yang ditegah oleh Rasulullah SAW utk melakukan solat dan mengebumikan jenazah. Ketika matahari mulai menyinsing dan terbit sepenuhnya, ketika matahari rembang hingga gelincir dan ketika matahari menguning hinggalah terbenam sepenuhnya.” Riwayat Muslim : 831

Note 28
Rujuk Al Fiqh Al Manhaji
Mengulangi solat fardhu dan Mengqadha'nya
1. Mengulangi Solat :
- Iaitu mendirikan solat fardhu semula yang telah ditunaikan apabila mendapati ada kekurangan atau kecacatan dari segi adap dan kesempurnaan.
- Hukum mengulangi solat adalah sunat.
Berdasarkan hadis, setelah Nabi SAW menunaikan solat subuh, baginda mengetahui ada dua orang lelaki tidak bersolat bersama-sama. Baginda lalu bersabda:
"Apakah yang menghalang kamu daripada bersama kami? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah! Kami telah bersolat dirumah kami. Baginda bersabda : Jangan begitu, walaupun kamu bersolat dirumah, kemudian kamu datang ke masjid dan solat berjemaah sedang dirikan, hendaklah kamu bersolat bersama-sama mereka, sesungguhnya ia adalah sunat bagi kamu."
Riwayat Al-Tarmizi : 219
2. Qadha / Mengqadha'nya:
- Ialah melakukan solat selepas waktunya berakhir atau dalam waktu yang tidak memandai untuk menyempurnakan satu rakaat daripadanya.
Orang yang meninggalkan solat dengan sebab yang dimaafkan, tertidur atau terlupa tidak berdosa dan tidak wajib segera mengqadha'kannya. Manakala orang yang sengaja meninggalkan solat pula berdosa dan wajib mengqadha'nya.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang tertidur hingga tertinggal solat atau terlupa bersolat hendaklah melakukannya apabila telah teringat. Tiada kifarah untuknya selain demikian."
Riwayat Al-Bukhari : 572
Hadis diatas menunjukkan solat fardhu yang tertinggal wajib diqadha' walau seberapa banyak ia ditinggalkan.

NOTA TAMBAHAN Kuliah 28
4 syarat sah solat
1. Bersuci.
Suci tubuh badan dari hadas.
Muslim: 224
Suci tubuh badan daripada najis.
Al Bukhari: 215
Muslim:292
Suci pakaian daripada najis.
Al Muddathir:4
Suci tempat daripada najis.

2. Mengetahui masuk waktu solat.
3. Menutup aurat.
(Bab aurat perlu syarahan lain)
4. Mengadap kiblat.
Al Baqarah: 150
Al Bukhari: 5897
Muslim: 397

Hadith perlu ada wudhu oleh Baihaqi "seseorang tidak boleh sujud kecuali dlm keadaan suci.
Hadith x perlu wudhu dr Bukhari dr Ibnu Umar, bahawa saidina Omar melakukan sujud tilawah tanpa wudhu..
Semua sanadnya adalah sahih oleh Al Hafiz Ibnu Hajar.
Al Hafiz mengabungkan ke2nya ...beliau menyatakan maksud 'suci' dlm hadith itu adalah suci dr hadas besar 
1. Fiqh manhaji ialah fiqh berdasarkan method imam syafie. 
2,3,4. Kita ikut kitab fiqh manhaji seperti gambar icon.
 selama ini kita tak tahu pun fiqh asy syafi'i .. asy syafi'i kata zakat fitrah kena bayar dgn makanan asasi, tetapi kita bayar dgn wang. Kemudian kita dakwa ikut mazhab asy syafi'i...
jadi kita kena faham mengapa ada kes2 tertentu, fatwa kebangsaan tidak ikut pandangan asy syafi'i...
Imam Hanafi berkata tidak halal seseorang iti mengikut pandangan kami jika dia tidak tahu dr mana sumbernya diambil...Wallahualam

Note 29 - Rujuk Al Fiqh Al Manhaji
1. Orang Yg Wajib Bersolat :
- Setiap muslimin lelaki dan perempuan yg waras, cukup umur dan suci.
- Orang kafir yang baru masuk Islam.
- Orang yang murtad, setelah kembali kepada Islam wajib mengqadha' semua kewajipan yang luput sepanjang masa murtadnya.
Solat tidak wajib atas kanak-kanak kerana tidak mukallaf (belum baligh), orang gila kerana tidak siuman dan perempuan yg kedatangan haidh atau nifas.
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW :
"Tidak dicatatkan dosa tiga golongan : kanak-kanak hingga dia baligh, orang yang tidur hingga dia jaga dan orang yang gila sehingga dia siuman."
Riwayat Abu Daud : 4403
- Orang gila sebagai golongan yang terlepas daripada tuntutan syara'.
- Orang yang tidur wajib qadha' solat setelah dia berjaga.
- Kanak-kanak berusia 7 tahun wajib disuruh solat, dirotan meninggalkannya setelah berusia 10 tahun jika engan solat.

Note 30 : Ruj Al Fiqh Al Manhaji
Tajuk Baru : AZAN
Azan : merupakan zikir khusus sebagai pemberitahuan masuk waktu solat fardhu serta menyeru orang Islam mengerjakan solat.
Hukum Azan :
- Hukum azan bagi solat fardhu dan solat qadha' adalah sunat muakkad iaitu sunnat kifayah bagi solat berjemaah dan sunat ainiah bagi solat bersendirian.
Dalil Pensyariatan Azan - Berdasarkan Al Quran.
Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segerala kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkan urusan jual beli (pada saat itu).
Surah Al Jumuah : 9

Note 31 : Ruj Al Fiqh Al Manhaji
1. Permulaan Syariat Azan:
- Tahun pertama hijrah
- berdasarkan hadith daripada Ibn Umat R.Anhuma katanya : "Ketika orang Islam sampai di Madinah mereka berkumpul dan menantikan waktu bersolat. Tidak ada cara yang diserukan bagi solat tersebut. Suatu hari mereka berbincang tentang perkara itu. Sebahagian daripada mereka mencadangkan loceng digunakan sebagai loceng orang Nasrani, dan sebahagian yang lain pula mengatakan serunai digunakan seperti trompet tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi.
Umar RA pula berkata : Kenapakah kamu tidak menyuruh seseorang menyerukan solat? Lalu Rasulullah SAW bersabda : Wahai Bilal! Berdirilah dan serukan solat."
Riwayat Al Bukhari : 579
Muslim : 377

2. Lafaz Azan :
* Allah Maha Besar (4x)
* Aku bersaksikan bahawa tiada Tuhan berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah (2x)
* Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah (2x)
* Marilah mengerjakan solat (2x)
* Marilah mencapai kemenangan (2x)
* Allah Maha Besar (2x)
* Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah.
Sementara Subuh dilafazkan :
* Bersolat adalah lebih baik daripada tidur.

3. Syarat Sah Azan :
i. Beragama Islam
ii. Mumayyiz (beza baik & buruk)
iii. Lelaki
iv. Tertib
v. Berturutan antara semua lafaznya
vi. Nyaringkan suara (berjemaah)

Rasulullah SAW Bersabda:
"Aku lihat engkau sayangkan kambing dan kampung. Apabila engkau mengembala kambing atau berada di kampung, lalu engkau azan untuk solat, maka nyaringkan suaramu kerana sesungguhnya jin, manusia dan apa saja mendengar gema suara muazzin akan menjadi saksi pada hari Kiamat nanti."Riwayat Al Bukhari : 584
Azan Dikalangan Wanita :
- Azan tidak sunat bagi wanita. Menyaringkan suara mereka dikhuatiri akan timbul fitnah. Sunat melakukan iqamah saja bagi mengingatkan para jemaah.
Rasulullah SAW bersabda :
"Apabila tiba masa mendirikan solat hendaklah seseorang dikalangan kamu azan."
Riwayat Al Bukhari : 602
Muslim : 674

Note 32 : Ruj Al Fiqh Manhaji
Sunat Azan:
i. Menghadap kiblat.
ii. Suci daripada hadas kecil dan besar
iii. Berdiri ketika azan
iv. Memaling muka kearah kanan.
v. Melafazkan kalimah azan dengan tartil iaitu berhati-hati.
vi. Mengulangi lafaz azan dua kali iaitu mengucap dua kalimah Syahadah
vii. Muazzin bersuara nyaring dan baik dapat melunakan hati pendengar.
viii. Muazzin terkenal dengan berakhlak mulia dan adil dikalangan orang ramai.
ix. Tidak melanjutkan suara atau tidak berlagu ketika azan.
x. Sunat ada 2 orang Muazzin dimasjid untuk solat Subuh.
xi. Sunat diam ketika azan.
xii. Berdoa dan selawat ke atas Nabi SAW selepas Azan.

Rasulullah SAW bersabda :
"Ya Allah! Tuhan yang memiliki seruan azan yang sempurna dan solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW kedudukan yang tertinggi lagi mulia dan tempatkanlah Baginda pada kedudukan terpuji yang telah engkau janjikan, dia pasti mendapat syafaatku pada hari Kiamat."
Riwayat Al Bukhari : 579

Note 33 : Ruj Al Fiqh Manhaji
Iqamah:
- Sama seperti azan.
i. Lafaz dua kali berturut-turut.
- Lafaz iqamah:
* Allah Maha Besar (2x).
* Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
* Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.
* Marilah mengerjakan solat.
* Marilah mencapai kemenangan.
* Allah maha besar (2x)
*Tiada Tuhan berhak disembah melainkan Allah.

ii. Menyeru azan dengan tenang dan tidak tergesa gesa secara tartil.
iii. Azan untuk mengqadha'kan beberapa solat yg tertinggal.
Penerangan hadith :
"Nabi SAW telah menjama'kan waktu Magrib dan solat Isya' semasa berada di Muzdalifah dengan sekali azan sahaja dan dua kali iqamah."
Riwayat Muslim : 1218
Syarat Iqamah:
i. Sunat iqamah sama seperti azan.
ii. Seruan bagi solat bukan fardhu, sunat muakkad bagi semua solat fardhu dan manakala solat lainnya sunat dilakukan berjemaah iaitu solat hari raya aidil fitri/adha dan solat jenazah serta solat gerhana bulan.

Note 34 : Ruj Al Fiqh Al Manhaji
SYARAT SAH SOLAT

Pengertian Syarat:
- Bererti perkara yang wujud sesuatu itu tergantung kepadanya sedangkan perkara itu bukanlah sebahagian daripadanya.
imam Al Syafie Rahimahullah, merumuskan syarat sah solat terbahagi kepada 4 perkara.

1. Bersuci :
i. Suci anggota badan daripada hadas.
Sabda Rasulullah SAW :
"Solat tidak diterima tanpa bersuci."
Riwayat Muslim : 224

ii. Suci anggota badan dari najis.
Rasulullah SAW bersabda :
"Seorang daripada mereka tidak bersuci daripada kencing."
Riwayat Al Bukhari : 215
Muslim : 292

iii. Bersuci pakaian daripada najis.
Firman Allah SWT :
"Dan pakaianmu, hendaklah kamu bersihkan."
Surah Al Muddathir : 4

iv. Suci tempat bersolat daripada najis.

2. Mengetahui Masuk Waktu:
- Solat fardhu mempunyai waktu2nya yang ditetapkan dan solat dilakukan dalam waktu2 itu.

* Cara Mengetahui Masuk Waktu
Boleh diketahui dengan 3 cara berikut:-
i. Mengetahui dengan yakin, iaitu berpegang kepada dalil seperti melihat matahari yg sedang ghuruh.
ii. Ijtihad iaitu berpegang pada dalil yang kukuh.
iii. Taqliq - sekiranya tidak mengetahui masuk waktu dengan yakin.

Hukum solat diluar waktu:
- Berlaku seseorang solat belum masuk waktu, solatnya dianggap batal dan wajib dia mengulanginya.
Bismillah...

Note 35 : Ruj Al Fiqh Al Manhaji
3. Menutup Aurat

a. Pengertian Aurat:
- Dari segi syara' bermaksud semua anggota yang wajib ditutuo atau yang haram dilihat.

b. Batasan Aurat Ketika Bersolat:
- Aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut.
- Aurat Wanita pula ialah seluruh tubuh selain muka dan dua tapak tangan.

Allah SWT berfirman :
"Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)."
Surah Al A'raf : 31

c. Batasan Aurat di Luar Solat:
- Aurat lelaki sesama lelaki dan aurat lelaki terhadap wanita mahramnya ialah bahagian badan diantara pusat hingga lutut.
- Aurat lelaki terhadap wanita lain adalah seluruh anggota badan selain muka dan dua tapak tangan. Hukum melihat mukanya dengab berahi (syahwat) tetap haram.
- Batasan aurat wanita islam sesama mereka ialah bahagian badan antara pusat hingga lutut.
- Manakala aurat wanita islam dengan wanita kafir adalah seluruh badan selain anggota yang biasa kelihatan.

d. Beberapa Keadaan yang Harus Mendedahkan Aurat dan Melihatnya dengan Sebab2 yang dimaafkan:
i. Ketika meminang wanita untuk tujuan bernikah harus melihat bahagian muka dan dua tapak tangan.
ii. Untuk menjadi saksi atau untuk berurusan harus melihat bahagian muka sahaja.
iii. Untuk tujuan merawat dan berubat harus mendedahkan aurat dan melihat setakat yang diperlukan sahaja.

Hadis dari Jabir b. Abdullah RA :
"Ummu Salamah R Anha meminta izib Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi SAW menyuruh Abu Taibah membekamnya."
Riwayat Muslim : 2206
Bismillah...

Note 36 : Ruj Al Fiqh Al Manhaji
4. Mengadap Kiblat
- Dimaksudkan dengan kiblat iaitu Kaabah.

i. Dalil-dalil Wajib Mengadap Kiblat:
Rasulullah SAW bersabda :
"Apabila engkau hendak bersolat berwudhu'lah dengan sempurna kemudian menghadaplah kearah Kiblat dan bertadbir."
Riwayat Al Bukhari : 5897
Muslim : 397

ii. Sejarah Pensyariatan Menghadap Kiblat:
- Bermula Awal Hijrah Nabi SAW ke Madinah.
- Rasulullah SAW bersolat menghadap Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan, dan Rasulullah ingin dihadapkan ke Kaabah. Lalu Allah SWT menyurunkan ayat yang bermaksud : (Kerap kali Kami lihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit). Lalu Baginda pun menghadap ke Kaabah.
Riwayat Al Bukhari : 390
Muslim : 525

iii. Cara Penentuan Arah Kiblat:
- Orang yang berhampiran dengan Kaabah wajib menghadap Kaabah manakala yang jauh dari Kaabah wajib menghadapnya dengan berpandukan dengan petunjuk-petunjuk yang kukuh.

iv. Cara Bersolat dan Bilangan Solat:
- Solat Fajar : Subuh sebanyak dua rakaat dan sekali tasyahhud akhir.
- Solat Zuhur : Bersolat sebanyak empat rakaat dengan dua tasyahhud.
- Solat Asar : Empat rakaat dan perlaksanaannya sama dengan solat Zuhur.
-Solat Maghrib : Tiga rakaat dengan dua tasyahhud.
- Solat Isya' : Bilangan rakaat da

Note 37 : ruj Al Fiqh Al Manahaji 1
RUKUN SOLAT
1. Pengertian Solat
- bahagian asas bagi sesuatu perkara. Bahagian solat adalah asas rukunnya.. rukuk dan sujud.. solat tidak sempurna, tidak sah.

i. Niat
- Mengingati tujuan sesuatu perbuatan. Niat ialah dalam hati.
Nabi SAW bersabda :
"Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat."
Riwayat Al Bukhari : 1
Muslim : 1907

ii. Berdiri sekiranya Mampu utk Solat Fardhu:
- Wajib berdiri.

iii. Takbiratul Ihran:
- Cara Takbiratul Ihram
Takbir mestilah dengan lafaz (Allahuakbar).

Syarat Takbiratul Ihram:
* melafazkan takbiratul ihram setelah berdiri.
* hendaklah takbir dalam keadaan menghadap kiblat.
* takbir dalam bahasa arab.
* mendengae semua huruf takbiratul ihram dengan baik.
* bertakbir beserta dengan niat.

v. Membaca Al Fatihah:
Syarat Sah Al Fatihah
* mendengar bacaan sendiri dengan baik.
* membaca urutan ayat sebenar.
* tidak melakukan kesalahan dalam bacaan.
* membaca al fatihah dalam bahasa arab.
* membaca al fatihah ketika berdiri.

vi. Ruku'
- membongkok sekadar yang boleh kedua belah tangan sampai ke kedua lututnya. Ruku' sempurna membongkok sehingga belakangnya sama rata sevara mendatar.

Syarat Ruku':
- supaya ruku' itu sah.
* membongkok sehingga kedua tapak tangan sampai ke lutut.
* tidak membongkokkan badan dengan tujuan yang lain daripada ruju'.
* tetap seketika.

Note 38 : ruj Al Fiqh Al Manhaji 1
vii. I'tidal Selepas Ruku'
- berdiri diantara ruku' dan sujud.
Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila mengangkat kepalanya daripada ruku'. Baginda tidak sujud sehingga telah berdiri tegak."
Riwayat Muslim : 498

- Syarat I'tidal
* tidak bertujuan lain selain daripada ibadat.
* tetap seketika sekadar masa sekali tasbih.
* tidak berdiri terlalu lama.

viii. Sujud sebanyak 2 kali pada Setiap Kali Sujud:
- Dahi orang yang bersolat bersentuhan secara langsung dengan tempat sujudnya.

Cara sujud perempuan berbeza daripada cara sujud lelaki, hendaklah merapatkan anggota anggota antara satu lain.

- Syarat Sujud:
* menyentuh tempat sujud dengan dahi terdedah.
* melakukan sujud dengan tujuh anggota badan.
Nabi SAW bersabda :
" Aku dioerintah sujud dengan tujuh tulang anggota dengan dahi (sambil Baginda menunjukan tangannya ke bahagian atas hidung), dengan dua tangan, dua lutut dan kedua dua belah kaki."
Riwayat Al Bukhari : 779
Muslim : 490

* bahagian anggota punggung hendaklah terangjat lebih tinggi seberapa yang boleh daripada kepala.
* tidak sujud di atas pakaian yang dipakai bergerak mengikut pergerakan.
* tidak bertujuan yang lain selain daripada sujud.
* tetap seketika semasa sujud sekurang kurangnya sekadar sekali tasbih.

x. duduk antara dua sujud.
Syarat Duduk Antara Dua Sujud:
* Tujuan duduk semata mata kerana ibadat tanpa sebab sebab sampingan yang lain seperti takut dab sebagainya.
* Tidak terlalu lama hingga melebihi kadar semasa sekurang kurangnya bacaan tasyahhud.
* Duduk tetap seketika sekurang kurangnya sekali tasbih.

xi. Duduk yang terakhir.
* rakaat penghabisan yang diikuti dengan salam.

xii. Mebaca Tasyahhud ketika duduk yang penghabisan.

Perkara yang perlu diberi perhatian ketika Membaca Tasyahhud:
* mendengar bacaan dengan sendiri.
* membaca semua lafaz tasyahhud secara beeturut turut.
* membaca tasyahhud ketika duduk.
* membaca tasyahhud adalah dalam bahasa arab.
* memberi perhatian kepada makhraj dan syaddah.
* mengikut urutan ayatnya.

xiii. Berselawat keatas Nabi Muhammad SAW selepas Tasyahhud Akhir.

Syarat Berselawat Keatas Nabi SAW:
* mendengar bacaan dengan sendiri dengan lafaz Muhammad, Rasul atau Nabi.
* berselawat dalam bahasa arab.
* berselawat mengikut urutan lafaznya.

ix. Salan yang Pertama:
- mengucap (assalamualaikum warahmatullah) sambil berpaling ke kanan dan kekirinya dengan ucapan yang sama.
"Aku melihat Rasulullah SAW mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri hingga kelihatan putih pipinya."
Riwayat Muslim : 582

iix. Melakukan Semua Rukun Mengikut Urutan, Ruku' sbagaimanan Asal.


Note 39 : ruj Al Fiqh Manhaji 1
SUNAT-SUNAT DALAM SOLAT

1. Pengertian sunat:
- perbuatan yang dituntut melakukannya tanpa kemestiannya.

2. Sunat Sebelum Bersolat:
i. Azan
- pengertian dalil, syarat-syarat dan segala yang berkaitan dengannya telah pun dijelaskan dulu.

ii. Iqamah:
- iqamah telah diterangkan pengertiannya, syarat-syarat dan perbezaan.

iii. Menjadi Sesuatu Sebagai Sekatan dihadapannya:
- sebagai tanda pemisah diantara orang yang bersolat dengan orang yang lalu lalang dihadapannya.
- cara yang afdal pula ialah meletakan sekatan berhampiran dengan tempat sujud.

3. Sunat Semasa Bersolat:
- menunaikan solat terbahagi kepada dua bahagian:
a. Sunat Ab'adh
b. Sunat Hai'ah

- Sunat Ab'adh jika tertinggal diganti dengan sujud sahwi pada akhir solat.

- Sunat Hai'ah jika ditinggalkan tidak perlu diganti dengan sujud sahwi.

A. Sunat Ab'adh
i. Tasyahhud Awal:
- tasyahhud ketika duduk tidak diikuti dengan salam, dalam rakaat kedua solat zuhur, asar, maghrib dan isyak.

ii. Berselawat ke atas Nabi SAW selepas Tasyahhud Awal :
- jika tertinggal wajib digantikan dengan sujud sahwi.

iii. Duduk Bagi Tasyahhud Awal:
- tiga sunat yang berasingan, sunat duduk, sunat membaca tasyahhud padanya dan sunat berselawat keatas Nabi SAW.

iv. Berselawat keatas Keluarga Nabi SAW selepas Tasyahhud Akhir:
- sunat berselawat keatas keluarga Nabi SAW.

v. Membaca Qunut:
- semasa i'tidal dalam rakaat yang kedua ketika solat subuh dan dalam rakaat kedua dalam solat witir pada separuh yang kedua didalam bulan Ramadhan.


Note 40 : ruj Al Fiqh Manhaji 1
Sunat Hai'ah :
- sunat-sunat yang sekiranya ditinggalkan tidak sunat digantikan dengan sujud sahwi.

1. Mengangkat kedua dua belah tangan ketika takbiratul al-ihram, ketika ruku' dan ketika bangun dari ruku'.

2. Meletakan tapak tangan kanan di atas belakang tangan kiri ketika berdiri, diantara bawah dada dan atas daripada pusat.

3. Memandang ke tempat sujud.

4. Memulakan solat selepas takbir dengan bacaan doa iftitah.
- tempat sunat doa iftitah.
Sunat membaca doa iftitah ketika solat fardhu dan sunat samaada solat beesendirian, menjadi imam atau makmum dengan syarat sebelum mulai bacaan al fatihah.

5. Membaca Isti'azah selepas doa iftitah: - sunat membacanya mulai bacaan al fatihah.

6. Menyaringkan bacaan dan memperlahankan pada tempat-tempatnya.

7. Mengucap aamiin ketika membaca Al Fatihah.

8. Membaca Al Quran setelah membaca Al Fatihah.
- sunat membaca satu surah Al Quran sekalipun ayat yang pendek atau membaca tiga ayat Al Quran berturutan.

9. Bertakbir ketika perpindahan rukun.
- takbiratul ihram ialah rukun dan solat tidak sah tanpanya.

10. Bertasbih ketika ruku' dan sujud.

11. Meletak kedua dua belah tangan di atas kedua peha pada kedua dua duduk tasyahhud.

12. Duduk tawarruk ketika duduk yang terakhir dan duduk iftirasy pada duduk yang lain.

13. Membaca selawat Ibrahimyyah dan berdoa selepas tasyahhud akhir.

14. Mengucapkan salam yang kedua.

15. Sentiasa kyusuk sepanjang solat.
- kesedaran hati terhadap semua bacaan, zikir dan doa menghayati maknanya dan berasa senang bermunajat kepada Allah.

Sunat selepas solat:
1. Mohon keampunan, berzikir dan berdoa.
2. Beralih tempat bersolat fardhu untuk melakukan solat sunat supaya banyak tempat sujud yang akan menjadi saksi.
3. Mendahulukan jemaah wanita bersurai solat.


Note 41 : ruj Al Fiqh Manhaji 1
MAKRUH DALAM SOLAT

Kaedah:

Makruh dalam solat adalah perkara yang diberi pahala kepada orang yg bersolat kerana patuh meninggalkannya, dan tidak pula berdosa melakukannya.

Meninggalkan takbir antara rukun dan meninggalkan doa iftitah adalah makruh kerana melakukan kedua-duanya adalah sunat.

1. Menoleh kepala ketika bersolat kecuali dengan sebab yang diperlukan.

2. Memandang ke atas.

3. Mengusap rambut dan melipat-lipat hujung pakaian ketika bersolat.

4. Bersolat berhampiran dengan hidangan yang menyelerakan. Makruh.

5. Bersolat dalam keadaan menahan membuang air kecil atau besar.

6. Bersolat ketika sangat mengantuk.

7. Solat ditempat-tempat berikut:
- bilik air, jalan, pasar, kawasan perkuburan, gereja, kawasan pembuangan sampah dan kandang unta kerana dikhuatiri terdapat najis.


Note 42 : ruj Al Fiqh Manhaji 1
PERBEZAAN CARA SOLAT PEREMPUAN DENGAN SOLAT LELAKI

1. Merapatkan anggotanya antara satu sama lain ketika sujud. Merapatkan dua siku ke rusuk dan melekapka perut ke pehanya. Lelaki sunat merenggangkan kedua dua belah siku daripada rusuknya dan menjarakkan perut daripada kedua pehanya.

2. Memperlahankan suara walaupun ketika bersolat.

3. Orang perempuan yang ingin mengingatkan orang lain untuk sebarang tujuan tentang sesuatu yang berlaku ketika hendak bersolay bertepuk tangan.

4. Aurat perempuan adalah seluruh anggota badan melainkan muka dan dua tapak tangan.

5. Azan tidak sunat bagi perempuan sunat baginya iqamah sahaja.


Note 43 : ruj Al Fiqh Manhaji 1
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT :

1. Berkata-kata dengan sengaja.

2. Melakukan perbuatan yang Banyak:
- pergerakan yang banyak dan berturut-turut selain daripada perbuatan solat.

3. Terkena najis pada pakaian atau badan:
- solatnya batal apabila najis tersebut tidak dibuang dengam segera.

4. Terbuka Aurat Walaupun Sedikit:
- sempadan aurat lelaki dan perempuan ketika bersolat. Jika sengaja membuka auratnya walaupun sedikit, batallah solatnya.

5. Makan dan Minum:
- bertentangan dengan tingkah laku dan peraturan solat.

6. Berhadas sebelum Salam yang Pertama:
- solat akan batal, syarat solat iaitu suci daripada hadas.

7. Berdehem, Tertawa, Menanggis dan Mengerang jika Terkeluar dengan Jelas Bunyi Dua Huruf daripada Setiap Perbuatan Tersebut:
- solat terbatal bagi empat perkara tersebut apabila berlaku dengan sengaja. Solat tidak batal apabila ianya sedikit.

8. Berubah Niat:
- membuat keputusan keluar daripada solat atau akan berhenti solat kerana sesuatu sebab.

9. Membelakangi Kiblat:
- kiblat adalah salah satu syarat asas. Keadaan sengaja solat akan batal serta merta.


Note 44 : ruj Al Fiqh Manhaji 1
SUJUD SAHWI
- Pengertian sahwi dari segi bahasa ialah lupa atau lalai akan sesuatu dslam solat yang dilakukan dengan disengajakan atau terlupa.

Hukum Sujud Sahwi:
- sunat sujud sahwi namun solat tidak batal jika tidak melakukannya.
- sujud sahwi juga tidak wajib kerana tudak disyariatkan bagu meninggalkan perkara yang wajib.

Sebab-sebab sujud sahwi:
1. Meninggalkan satu daripada sunat Ab"adh seperti tasyahhud yang pertama dan qunut.

2. Meragui bilangan rakaat:
- meragui bilangan rakaat yang dilakukan hendaklah mengambil kira bilangan yang sedikit dan menyempurnakan bakinya.
- makmum yang lupa mengikuti imam seperti imam lupa tasyahhud yang pertama akan ditanggung oleh imam.
"Imam adalah penjamin."
Riwayat Ibn Hibban : 362
Dan beliau mengsahihkan

3. Tidak disengajakan melakukan perbuatan yang ditegah yang jika disengajakan akan membatalkan solat.

4. Memindahkan sesuatu perbuatan sama ada rukun dan sunat Ab'adh atau membaca surah yang dipindahkan kepada bukan tempatnya. Cthnya bacaan Al Fatihah ketika duduk dalam tasyahhud.

Cara Sujud dan Tempatnya:
- sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali dengan niat sujud sahwi. Tempatnya pada akhir solat sebelum salam.


Note 45 : ruj Al Fiqh Manhaji 1
SUJUD TILAWAH

Sujud tilawah adalah sunat bagi orang yang membawa ayat Al Quran yang mengandungi perkataan Sajadah didalam solat atau diluarnya.

Abu Hurairah oenah mendengar Nabi SAW bersabda : "Apabila seseorang yang membaca ayat mengandungi perkataan sajadah lalu dia sujud, syaitan pun mengasingkan diri sambil menanggis dan berkata : Hai celakanya! Manusia disuruh sujud lalu dia sujud, maka dia diberi syurga. Tetapi aku pun ingkar apabila diperintahkan sujud maka untukku hanyalah neraka."
Riwayat Muslim : 81

Bilangan Tempat Sujud:
14 tempat sujud tilawah.
i. Sekali dalam tiap tiap surah al-A'raf, al-Radu, al-Nahlu, al-Isra dan Maryam.
ii. Dua kali dalam surah al-Haj.
iii. Sekali tiap tiap surah al-Furqan, al-Namlu, Alif Lam Mim Tanzil, Ha Mim al-Sajadah, al-Najmu, al-Insyiqaq dan al-Alaq.

Sujud Tilawah hendaklah bertakbir untuk memulakannya sambil mengangkat kedua-dua belah tangan. Kemudian bertakbir pula tanpa mengangkat tangan lalu terus sujud sekali seperti sujud solat. Kemudian memberi salam.

.Note 46 : ruj Al Fiqh Manhaji 1
SOLAT BERJEMAAH

Sejarah Permulaan:
Nabi SAW mula mendirikan solat berjemaah selepas peristiwa hijrah, selama 13 tahun berada di Makkah, baginda menunaikan solat tanpa berjemaah.

Hukum Solat Berjemaah:
- hukum solat berjemaah ialah fardhu kifayah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Solat berjemaah melebihi solat bersendirian sebanyak 27 darjat."
Riwayat Al Bukhari : 618
Muslim : 650

Hikmah Disyariatkan Solat Berjemaah:
-saling berkenalan dan bersaudara antara sesama Islam dan juga berkerja sama mereka mebyatajab kebenaran dan melenyapkan kebatilan.
-persaudaraan dan perkenalan ini lebih erat ketika bertemu untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.

Halangan yang Dibolehkan Meninggalkan Solat Berjemaah:
i. Halangan Umum:
- seperti hujan, ribut pada waktu malam dan jalannya sangat berlumpur.

ii. Halangan Khusus:
- seperti sakit, tersangat lapar dan dahaga, takut kepada orang menzalimi diri atay hartanya dan terdesak oleh buang air kecil atau air besar.

Syarat Menjadi Imam:
- Iman perlu memerlukan beberapa syarat yang kebanyakan afalah relatif mengikut keadaan makmum.

i. Makmum tidak mengetahui atau menyakini bahawa solat imamnya batal.

ii. Imam jangan seorang yang ummi iaitu buta huruf sedangkan makmumnya seorang qari (fasih bacaan).

iii. Imam janganlah seorang perempuan sedangkan makmumnya seorang lelaki.
"Perempuan jangan menjadi imam kepada lelaki."
Riwayat Ibn Majah : 1134


Note 48 : ruj Al Fiqh Manhaji 1

SOLAT MUSAFIR

Qasar dan Jama'

Pendahuluan:

Allah SWT berfirman:
"Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama."
Surah Al Haj : 78

Allah SWT tidak mensyariatkan hukum-hakam agama yang nenyebabkan kesusahan dan kerumitan sehingga kerja-kerja yang dilakukan menjadi tidak keruan. Sebaliknya dimana sahaja orang Islam menghalang kesempitan, Allah SWT akan melonggarkan perintah agamanya supaya semua hukumnya dapat diterima dan mampu ditanggung.

Cara Solat Musafir:
i. Mengurangkan bilangan rakaat dan ia dinamakan qasar.
ii. Menghimpunkan dua solat ketika menunaikannya supaya orang yang musafir mendapat masa lapang sebanyak yang mungkin, dan ini dinamakan "Jama'".

Qasar:
- ialah melakukan solat yang 4 rakaat iaitu Zohor, Asar dan Isya dengan 2 rakaat sahaja.
Allah SWT berfirman:
" Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa 'mengqasarkan' (memendek) sembahyang."
Surah Al Nisa : 101

Solat qasar, mestilah mematuhi syarat-syarat yang berikut:
i. Solat fardhu berkenaan wajib atas seseorang ketika bermusafir dan dia melakukannya ketika bermusafir itu.
Solat yg telah masuk waktunya tetapi belum ditunaikan sebelum memulakan perjalanan tidak harus diqasarkan kerana dia belum dikatakan bermusafir ketika solat tersebut wajib atasnya. Begitu juga solat yg masuk waktu ketika bermusafir tetapi tidak menunaikannya sehingga balik semula ke tempat, solat tersebut tidak harus lagi diqasarkan kerana dia bukan lagi musafir.

ii. Perjalanannya telah melepadi pagar sempadan qaryahnya atau kawasan bangunannya jika qaryah tersebut tidak berpagar.

iii. Tidak berniat menetap selama empat hari ditemoat yang ditujui selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar.
- seseorang yang berniat tinggal disuatu tempat kurang daripada empat hari atau tidak tempohnya tinggal disitu kerana melakukan tugas yang belum tentu bila selesainya, dalam keadaan pertama dan dia harus mengqasarkan solatnya sehingga kembali ke tempat asalnya.

iv. Tidak mengikut imam yang bermukim. Jika berimamkan seorang yang bermukim dia hendaklah bersolat sepenuhnya mengikut imam tersebut dan tidak harus mengqasarkannya.

Jama':
Rasulullah SAW bersabda:
"Rasulullah SAW menjama'kan solat Zohor dengan Asar ketika bermusafir dan menjama'kan solat Magrib dengan Isya'."
Riwayat Al Bukhari : 1056

Jenis Jama' :
Dua jenis iaitu Jama' Taqdim bermaksud membawa solat yang kedua kedalam solat pertama dan Jama' Ta'khir yang bermaksud membawa solat pertama kedalam solat yang kedua.
Note 49 : sambungan

Solat yang Boleh Dijama'kan:
- Solat yang boelh dijama'kan ialah solat Zohor dengan Asar dan Magtib dengan Isyak. Tidak sah dijama'kan solat Subuh.

Syarat-syarat Jama' Taqdim:
i. Kedua-dua solat dilakukan mengikut urutannya iaitu dimulai dengan solat pertama yang empunyai waktu kemudian diikuti solat yang kedua.

ii. Berniat menjama'kan solat kedua dengan yang pertama selesai solat yang pertama. Walaubagaimanapun niat tersebut sunat berserta Takbiratul Ihram.

iii. Kedua-dua solat dilakukan secara berturutan, iaitu memulakan solat yang kedua dengan segera sebaik sahaja selesai salam solat yang pertama tanpa dipisahkan dengan berzikir, mengerjakan sunat dan sebagainya.

iv. Masih dalam musafir sehingga memulakan solat kedua.

Syarat-syarat Jama' Ta'khir:
i. Berniat menjama'kan solat yang pertama dslam waktunya yang asal kepada solat yang kedua.
ii. Masih dalam musafir sehingga selesai mengerjakan kedua-dua solat.
iii. Dalam hal ini tertib antara kedua dua solat.
iv. Dalam hal ini tertib antara kedua dua solat tidak disyaratkab malah boleh dimulakan dengan mana-mana kedua antara solat yang dikehendaki.

Syarat Jama' Ta'khir:
i. Berniat menjama'kan yang pertama dalam waktunya yang asal ke solat yg kedua.
ii. Masih dalam musafir hingga selesai mengerjakan kedua-dua solat.
iii. Dalam hal ini tertib antara kedua-dua solat tidak syaratkan malah boleh dimulakan dengan mana-mana antara dua solat yang dikehendaki.

Syarat-syarat Perjalanan yang Diharuskan Qasar dan Jama':
i. Perjalanan yang jaraknya hingga 81km dan lebih.
ii. Perjalanan yang tentu tempat tujuannya. Orang yang merayau-rayau tanpa tujuan atau mengikut ketuanya tanpa mengetahui kemana hendak dituju, perjalanan mereka tidak mengharuskan qasar kecuali setelah menjangkau jarak perjalanan yang jauh.
iii. Perjalanan tersebut tidak bertujuan maksiat.

Menjama'kan Dua Solat Ketika Hujan:
Syarat-syarat nenjama'kannya:
i. Solat tersebut dilakukan secara berjemaah dimasjid yang jauh pada anggapan umum dan terdapat kesulitan bagi seseorang ke sana disebabkan hujan.
ii. Hujan berterusan pada permulaan kedua-dua solat dan ketika salam solat yang pertama.

Note 50 : ruj Al Fiqh Manhaji 1
SOLAT KHAUF

Pengertiaan dan Persyariataannya:
Solat yang dilakukan dalamnkeadaan peperangan menentang musuh, diberikan beberapa kemudahan khusus dan kelonggaran yang tidak terdapat pada solat-solat lain terutama pada jemaah.

Keadaan Solat Khauf:
i. Dalam keadaan bertahan, berjaga-jaga tiada pertempuran. Solat ni mempunyai cara tertentu yg berbeza sedikit daripada solat biasa disebabkan kemahuan orang islam menunaikannya secara berjemaah sama ada dibelakang imam besar, pemimpin tertinggi mereka atau sesapa sahaja yang mengambil tempatnya untuk mengendalikan peperangan.

Cara Pertama:
- Ketika musuh berada diarah kiblat dan pertempuran belum berlaku. Semua tentera ingin bersolat berjemaah tanpa berpecah kepada beberapa kumpulan.

- Imam sujud, maka saf pertama sahaja turut sujud bersama-samanya jika mereka yang bersolat itu dua saf atau dua saf pertama turut sujud bersama-sama imam sekiranya yerdiri daripada empat saf dan begitula seterusnya.

Cara kedua:
ketika musuh bertaburan dibeberapa tempat yg bukan arah kiblat dan pertempuran belum berlaku.

i. Mereka berpecah kepada dua kumpulan, satu kumpulan bersedia menghadap dan mengintip musuh sambil mengawasi orang Islam. Manakala kumpulan yang kedua pula bersolat jemaah bersama-sama imam.

ii. Kumpulan kedua ini bersolat bersama-sama imam pada satu rakaat sahaja. Imam bangun untuk rakaat kedua, mereka berniat berpisah dengan imam dan menyempurnakan rakaat kedua tersebut secara berasingan. Kemudian mereka terus mengambil alih tempat kumpulan yang pertama tadi.

iii. Kumpulan pertama pula datang dan bersolat bersama-sama imam tersebut meneruskan rakaat keduanya merupakan rakaat pertama bagi mereka. Imam hendaklah memanjang masa berdirinya pada rakaat kedua itu sehingga kumpulan itu selesai menyertainya. Imam duduk tasyahhud mereka bangun menyempurnakan solat kedua kemudian menyertai imam semula yang masih duduk tasyahhud dan seterusnya mengucapkan salam berama-sama mereka. Cara solat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika peperangan Zatur al-Riqa.

Keadaan Kedua:
Ketika berlaku perang dengan musuh.

i. Keadaan ini tidak ada cara sokat yang ditentukan malah masing masing bersolat mengikut cara yang termampu sama ada berjalan atau berkenderaan, sambil bergerak atau berhenti, menghadap kiblat atau melencong ke arah lain. Rukuk dan sujud dengan syarat gerak kepala.

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan keatas orang orang yang beriman, yang tertentu waktunya."
Surah Al Nisa : 103
Note 51 : sambungan

Hikmah Pensyariataan Solat Khauf:
- disyariatkan untuk memberi kemudahan kepada orang nukallaf agar mampu menunaikan kewajipan ni yabg merupakan hubungan paling penting dengan Allah SWT bagi mendapatkan pertolongan dan kemudahan daripadaNya semasa berjuang menentang orang kafir di medan perang.

Kewajipan Bersolat Tidak Gugur dengan Sebarang Keadaan:
- kewajipan bersolat tidak akan gugur daripada seseorang mukallaf dengan sebarang keadaan dan bagaimana pun halangannya selagi hayat dikandung badan.


Note 52 : ruj Al Fiqh Manhaji 1
SOLAT JUMAAT

Pensyariatan Solat Jumaat:
- disyariatkan oleh Allah SWT adalah antara beberapa kelebihan yang dikurniakan khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW supaya mereka mendapat kemuliaan hari Jumaat.

- Orang yang pertama mengumpul orang ramai untuk mendirikan solat Jumaat di Madinah sebelum Nabi SAW berhijrah ialah As'ad bin Zararah RA.

Dalil Syariat Solat Jumaat
Rasulullah SAW bersabda :
"Solat Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib atas setiap lelaki muslim."
Riwayat Abu Daud : 1067

Hikmah Pensyariatan Solat Jumaat: mempunyai hikmah dan faedah yang banyak. Hari Jumaat adalah perhimpunan mingguan kerana pada hari itu orang Islam dapat bertemu dalam satu kumpulan bersama-sama pemimpin iaitu imam dan khatib.

Nabi SAW bersabda :
"Sesiapa yang meninggalkan tiga kali Jumaat kerana meringan-ringankannya maka Allah SWT akan menutup pintu hatinya."
Riwayat Abu Daud : 1054

Syarat Wajib Solat Jumaat:
- diwajibakan kepada mereka yang memenuhi 7 syarat berikut:

i. Beragama Islam : orang kafir dituntut memerluk islam terlebih dahulu disebabkan Islam merupakan asas ibadat dan ketaatan.

ii. Baligh : tidak wajib hadir ke atas kabak-kanak kerana mereka tidak mukallaf.

iii. Berakal : orang gila tak berhak menunaikan solat jumaat.

iv. Bebas Sepenuhnya : tidak wajib ke atas hamba kerna hamba sibuk menjalankan tanggungjawab terhadap tuannya.

v. Lelaki : tidak wajib ke atas wanita.

vi. Sihat Tubuh Badan : tidak wajib atas pesakit sama ada yang berasa sakit ketika menghadiri solat jumaat dimasjid, akan bertambah kuat sakitnya dan lambat sembuhnya.

vii. Bermukim di tempat Solat Jumaat Didirikan : tidak wajib atas musafir dengan syarat perjalanan itu harus walaupun dekat.
Note 53 : sambungan note 52

Syarat Sah Jumaat:
1. seorang yang mempunyai 7 syarat terlebih dahulu maka dia wajiblah menunaikan solat jumaat.

i. Didirikan dalam kawasan binaan dibandar atau di qaryah yang mempunyai penduduk yang bermastautin tidak kurang dari 40 orang lelaki dengan syarat mendirikan jumaat.

ii. Solat jumaat tidak sah didirikan dikawasan padang pasir, dikhemah atau qaryah kurang daripada 40 orang lelaki.

2. Bilangan jemaah bagi solat Jumaat sekurang kurangnya 40 orang lelaki memenuhi syarat-syarat wajib jumaat ialah lelaki, baligh dan bermastautin.

3. Solat Jumaat didirikan dalam waktu Zohor, wajib dirikan dalam waktu zohor sahaja.

4. Jangan didirikan lebih daripada satu solat jumaat pada satu tempat selagi ia boleh dilakukan demikian. Wajib berhimpun dalam satu tempat, harus berbuat lebih jika tempat tersebut tidak dapat menampung jemaah yang ramai.

Dalil Tidak Boleh Berbilang Jumaat: Zaman Rasulullah SAW, Khulafa' Al Rasyidin dan Tabi'in , solat Jumaat tidak dirikan kecuali pada satu tempat sahaja dalam sebuah bandar atau qaryah.

Daripada Aisyah R. Anha katanya:
"Orang ramai selalu datang ke masjid pada hari Jumaat dari tempat tinggal mereka dan dari tempat tempat dari timur Madinah."
Riwayat Al Bukhari : 860

Rukun-rukun Jumaat
1. Dua Khutbah:
i. Ketika membaca khutbah, khatib hendaklah berdiri jika mampu. Di antara dua khutbah tersebut hendaklah diselangi dengan duduk.

ii. Khutbah tidak dikemudiankan daripada Solat Jumaat : kerana sunnah Rasulullah SAW.

iii. Khatib hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar. Khatib hendaklah menutup aurat.

iv. Rukun hendaklah dibaca dalam bahasa arab.

v. Berturut-turut antara rukun-rukun khutbah yang pertama dan kedua, dan antara khutbah kedua dengan solat jumaat.

vi. Rukun dua khutbah hendaklah didengari oleh 40 orang jemaah memenuhi syarat-syarat wajib solat jumaat.

Rukun Dua Khutbah ialah:
i. Memuji Allah SWT dengan menggunakan sebarang lafaz.

ii. Berselawat ke atas Nabi SAW dengan sebarang lafaz selawat.

iii. Memberi nasihat agar bertakwa kepada Allah SWT.

iv. Membaca satu ayat Quran pada satu daripada dua khutbah.

v. Mendoakan orang mukmin dalam khutbah yang kedua dengan sebarang doa.
Note 54 : sambungan note 53
2. Solat Dua Rakaat Secara Berjemaah
Umar R.A berkata : "Solat jumaat adalah dua rakaat berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW."
Riwayat Al Nasaie : 3/111

Adab Jumaat dan Caranya:
i. Mandi
ii. Membersihkan tubuh daripada kekotoran, bau busuk dan memakai minyak serta wangian.
iii. Memakai pakaian terbaik.
iv. Memotong kuku dan mengemas rambut.
v. Bersegera ke masjid.
vi. Solat dua rakaat ketika memasuki masjid.
vii. Diam ketika dua khutbah.

Adab-adab Umum pada Hari Jumaat
- hari yang paling mulia dalam seminggu.
i. Sunat membaca surah Al Kahfi pada malam jumaat dan siangnya.
ii. Memperbanyakan doa pada malam dan siangnya.
iii. Berselawat ke atas Nabi SAW dengan banyaknya pada malam dan siangnya.

Puteri Tuah, [07.04.15 16:20]
Bismillah...
Note 55 : ruj Al Fiqh Manhaji 1

SOLAT NAFAL

1. Pengertian Nafal
- bererti tambahan manakala pada istilah ialah solat lain solat fardhu. Solat ini disebut juga sunat, manduh atau mustahab.

2. Solat yang tidak Sunat dilakukan Secara Berjemaah
i. Solat sunat mengiringi solat fardhu. Dibahagi kpd 2 iaitu sunat muakkad dan sunat tidak muakkad.

- Solat Sunat Muakkad : antara semua solat sunat tersebut ialah dua rakaat solat fajar.

- Solat Sunat yang tidak Muakkad : dua rakaat yang lain bagi sebelum fardhu zohor.

3. Solat yang tidak Mengiringi Solat Fardhu.
- terbahagi kepada dua:
i. Solat sunat yang ditentukan namanya serta mempunyai waktu tertentu.
- Tahiyattul Masjid
- Solat Witir
- Qiamullail
- Solat Dhuha
- Solat Istiqarah

ii. Solat sunat mutlaq yang tidak ditentukan nama dan waktunya.

Solat yang Sunat Dilakukan Berjemaah : solat sunat 2 rakaat, Hari Raya, solat tarawih, solat gerhana matahari dan bulan serta solat minta hujan.

Puteri Tuah, [08.04.15 14:45]
Bismillah...
Note 56 : ruj Al Fiqh Manhaji 1

SOLAT DUA HARI RAYA

Perkataan 'Id' berasal drpd 'aud' bererti ulangan. Kerana Hari Raya itu berulang setiap tahun.

1. Pensyariatan Hari Raya dan Dalilnya:
- solat Idil Fitri dan Idil Adha disyariatkan pada tahun Hijrah yang ke dua.
Allah SWT berfirman :
"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korbab (sebagai bersyukur)."
Surah Al Kautsar : 2

2. Hukum Solat Raya :
- sunat Muakkad. Kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggala baginda wafat, begitu juga dengan para sahabatnya.

3. Waktu Solat Hari Raya :
- waktu solat hari raya hingga matahari terbit hingga gelincir.
Rasulullah penah bersabda:
"Perkara pertama yang aku mulakan hari ini ialah bersolat."
Riwayat Al Bukhari : 908

4. Cara Solat Hari Raya:
Amru b. Al Muzani RA meriwayatkan :
"Nabi SAW bertakbir ketika solat dua hari raya, pada rakaat pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak lima kali sebelum membaca al fatihah."
Riwayat Al Tarmizi : 536

5. Khutbah Hari Raya:
i. Khutbah hendaklah dibaca selepas solat Hari Raya.
ii. Semua rukun dan sunat khutbah Jumaat yang disebutkan dulu adalah dama digunakan pada khutbah Hari Raya.
iii. Khutbah pertama yang sunat dimulakan dengan takbir sebanyak 9 kali dan khutbah yg kedua dengan takbir sebanyak tujuh kali.

Puteri Tuah, [08.04.15 14:45]
Bismillah...
Note 57 : sambungan note 56

6. Tempat Solat Hari Raya:
- dimasjid atau dikawasan lapang.
- afdal di antara kedua dua tempat yang boleh menampung lebih ramai jemaah.

7. Takbir Hari Raya:
- sunat bertakbir, malam Idil Fitri dan Idil Adha sehingga imam mula bersolat hari raya.

- dilafazkan dengan suara yg nyaring sama ada dirumah, dijalan, di masjid dan ditempat-tempat awam.

- Idil Adha, sama ada org mengerjaka haji atau tidak mengerjakan haji, sunat bertakbir selepas solat fardhu atau solat sunat, bermula dari solat subuh hari Arafah sehinggalah selepas Asar dari Tasyriq hingga akhir Hari Tasyriq ialah hari ketiga berikut selepas hari Raya Idil Adha.

8. Adat Berhari Raya:
i. Mandi, memakai bau-bauan dan pakaian yang baru.
ii. Sunat bersegera ke masjid pada hari raya.
iii. Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Idil Fitri manakala Idil Adha pula tidak sunat makan dan minum sehingga selesai solat.
iv. Sunat ke masjid dengan berjala kaki dan balik semula melalui jalan yang lain.
v. Selepas matahari terbit, makruh bagi imam bersolat sunat sebelum solat hari raya, manakala tidak makruh bagi orang lain melakukannya.

Puteri Tuah, [10.04.15 04:17]
Bismillah...
Note 58 : ruj Al Fiqh Manhaji 1

ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah ialah kadar tertentu daripada harta yang wajib dikeluarkan oleh setiap mukallaf bagi dirinya dan orang yang dibawah tanggungannua setelah matahari terbenam pada hari terakhir bulan Ramadhan.

1. Pensyariatan:
- zakat fitrah difardhukan pada tahun kedua hijrah, iaitu pada tahun yang difardhukan puasa Ramadhan.
"Rasulullah SAW telah menfardhukan zakat fitrah, iaitu satu gantang tamar atau satu gantang gandum pada bulan Ramadhan atau setiap orang Islam, samada yang bebas atau hamba, lelaki atau perempuan."
Riwayat Al Bukhari : 1433
Muslim : 984

2. Syarat Wajib Fitrah:
i. Islam : zakat fitrah diwajibkan atas orang Islam sahaja.

ii. Terbenam matahari pada hari terakhir bulan Ramadhan :
a. Sesapa yg meninggal dunia selepas matahari terbenam pada hari tersebut, wajib zakat fitrah atasnya sama ada meninggalkan dunia setelah dia mampu mengeluarkannya atau sebelumnya.
b. Bayi yang dilahirkan sebelum matahari terbenam wajib dikeluarkan zakat fitrahnya.

iii. Memiliki harta melebihi keperluan utk makan bagi diri sendiri dan tanggungannya pada siang dan malam raya, serta keperluan tempat tinggal dan khadam jika perlu.

3. Jenis Zakat Fitrah dan Kadarnya:
a. Ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
b. Ukuran segantang zaman Rasulullah SAW menyamai 4 cupak, menyamai sukatan 3 liter, iaitu bersamaan kira-kira 2400 gram.

4. Waktu mengeluarkan Zakat:
- waktu wajib mengeluarkan zakat fitrah bermula dari mataharu terbenan pada akhir bulan Ramadhan.
- waktu harus mengeluarkan zakat fitrah adalah sepanjang bulan Ramadhan dan pada hari raya pertama.

"Dan Baginda memerintahkan kami menunaikan zakat fitrah sebelum orang ramai keluar bersolat."
Riwayat Al Bukhari : 1432

Puteri Tuah, [10.04.15 04:18]
Bismillah...
Note 59 : ruj Al Fiqh Manhaji 1

QURBAN

Qurban ialah sembilahan binatang iaitu unta, lembu, kamben dan biri-biri. Bertujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah SWT dan dilakukan pd Hari Raya Qurban (Haji).

1. Dalil Pensyariatan

Allah SWT berfirman :
"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)."
Surah Al Kaustar : 2

2. Hikmah Pensyariatan:
- qurban ialah ibadat.
- Hikmah paling jelas tentang qurban adalah untuk menghayati semangat pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS, iaitu kerana Allah menguji Baginda menyembelih anaknya.

3. Hukum Qurban :
- sunat muakkad tetapi kadangkala menjadi wajib dengan dua sebab:

i. Apabila seseorang mengisyaratkan binatang kepunyaannya yang boleh dijadikan qurban sambil berkata:
"Ini qurbanku" atau "Aku akan qurbankan kamben ini." Dengan itu dia wajib melakukannya.

ii. Apabila seseorang berazam hendak melakukan qurban untuk mendampingkan diri kepada Allah dengan berkata : "Aku mewajibkan diriku berqurban kerana Allah." Lantas menjadi wajib kepadanya melaksanakan qurban itu.

4. Orang yang Dituntut Berqurban:

i. Islam : tidak dituntut berqurban bagi orang bukan Islam.

ii. Baligh dan Berakal : belum baligh dan tidak berakal tidak sunat berqurban kerana tidak mukallaf.

iii. Berkemampuan : seseorang yang mempunyai harta atau wang melebihi perbelanjaan untuk diri sendiri dan mereka dibawah tanggungannya.

Puteri Tuah, [10.04.15 04:18]
Bismillah...
Note 60 : sambungan note 60

5. Binatang yang Disyariatkan Berqurban:
- yang afdal adalah unta, lembu & kamben. Harus berqurban seekor unta jantan atau betina atau lembu untuk tujuh orang.

6. Syariat Binatang Qurban:
- umur unta yang hendak diqurbankan masuk sudah tahun ke enam.
- umur lembu atau kamben masuk tahun ke tiga.
- umur biri-biri masuk tahun kedua.
Nabi SAW bersabda : "4 perkara yang menyebabkan binatang tidak sah dijadikan qurban ialah binatang yg jelas buta sebelah matanya, penyakit yang nyata , jelas tempangnya, dan terlalu kurus sehingga menampakan tulangnya."
Riwayat Al Tirmizi : 1497
Abu Daud : 2802

7. Waktu Qurban :
- selepas terbit matahari pada Hari Raya Qurban, iaitu sekadar tempoh masa dua rakaat sunat hari raya dan dua khutbah.
- berterusan hingga terbenam matahari pada hari Tasriq yang akhir, iaitu 11, 12 & 13 Zulhijjah.
- waktu afdal selepas solat hari raya qurban.

8. Agihan Daging Qurban:
- jika qurban wajib kerana qurban nazar atau binatang telah disyariatkannya, ia tidak harus digunakan oleh orang yang berqurban dan mereka dibawah tanggungannya.
- jika qurban sunat, harus dia bagi orang yang qurban makan daging qurban yang dikehendakinya dengan syarat disedekahkan sebahagiannya. Afdalnya ialah dia makan sedikit untuk mencapai keberkatan dan selebihnya disedekahkan.
- 1/3 bahagian boleh dimakan, 1/3 disedekahka kepada fakir miskin dan 1/3 lagi dihadiahkan kepada sahabay handai atau jiran tertangga sekalipun dia kaya.

9. Sunat dan Adab Berqurban:
- tiba 10 Zulhijjah, seseorang yang berazam melakukan sembelihan qurban, sunat baginya supaya dia tidak menghilangkan atau memotong bulunya seperti rambut, janggut, misai dan kukunya sehinggalah dilakukan penyembelihan.
- sunat jika orang yang berqurban menyembelihnya sendiri.
Puteri Tuah, [12.04.15 16:42]
Bismillah...
Note 61 : ruj Al Fiqh Manhaji 1

SOLAT TARAWIH

Solat tarawih khususnya pada bulan Ramadhan, sunat dilakukan berjemaah namun tetap sah dilakukan bersendirian. Solat ini juga dikenali Ibadat Malam Ramadhan.

Solat Tarawih ialah 20 rakaat, ia dilakukan pada setiap malam dalam bulan Ramadhan dengan cara setiap dua rakaat sekali salam. Waktu melakukannya adalah diantara solat Isyak dan solat Subuh sebelum melakukan solat witir.

Solat Tarawih tidak sah dilakukan 4 rakaat dengan sekali salam kerana bertentangan dengan cara yang disyariatkan.

2. Dalil Pensyariatan Solat Tarawih
Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang bangun beribadat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu."
Riwayat Al Bukhari : 37
Muslim : 759

Puteri Tuah, [12.04.15 16:43]
Bismillah...
Note 62 : ruj Al Fiqh Manhaji 1

SOLAT GERHANA MATAHARI DAN GERHANA BULAN

1. Solat gerhana matahari dan gerhana bulan tergolong dalam jenis solat yang disyariatkan kerana bersebab. Memohon pada Allah SWT agar menghindarkan segala bencana dan mengembalikan cahaya. Solat gerhana matahari disyariatkan pada tahun kedua Hijrah dan solat gerhana bulan pada tahun kelima Hijrah.

2. Hukum Solat Gerhana:
- adalah sunat muakkad.
Rasulullah SAW bersabda :
"Matahari dan bulan adalah dua daripada tanda keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bikan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila mengetahui gerhana berlaku kamu hendaklah bersolat dan berdoa sehingga kelihatan semula."
Riwayat Muslim : 904

3. Cara Solat Gerhana :
- dilakukan sebanyak dua rakaat dengan niat solat gerhana berkenaan.

i. Cara yang ringkas :
- dilakukan adalah pada tiap-tiap rakaat dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali rukuk sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya.

ii. Cara yang lebih sempurna :
- dilakukan adalah pada tiap-tiap rakaat dengan dua kali berdiri serta memanjangkan bacaan surah Al Baqarah atau surah yang lain yang sama kadar panjangnya selepas membaca Al Fatihah ketika berdiri yang pertama bagi rakaat pertama, dan membaca sekadar yang menyamai 200 ayat ketika berdiri yang keduanya. Ketika berdiri yang pertama bagi rakaat kedua ialah membaca sekadar 150 ayat dan ketika berdiri yang kedua ialah membaca sekadar menyamai 100 ayat daripada surah Al Baqarah.
- Kemudian hendaklah memanjangkan rukuk selama bacaan yang menyamai kira-kira 100 ayat, sementara pada rukuk kedua pula membaca anggaran 80 ayat, rukuk yang ketiga sekadar 70 ayat dan rukuk yang keempat sekadar 50 ayat.
- Selesai solat, imam berkhutbah sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi hukum dan syarat-syaratnya.

4. Tiada Qadha Solat Gerhana
-Apabila luput waktu solat gerhana, tidaklah disyariatkan memgqadhakannya.

5. Mandi Solat Gerhana
- Seseorang yang hendak melakukan solat gerhana sunat mandi sebagaimana mandi untuk bersolat Jumaat.

Puteri Tuah, [12.04.15 16:43]
Bismillah...
Note 63 : ruj Al Fiqh Manhaji 1

SOLAT ISTISQA'
(Solat Mohin Hujan)

1. Pengertiannya:
- Solat yang disyariatkan apabila berlaku kemarau. Sunat dilakukan apabila ada sebab dan tidak sunat lagi apabila hujan turun atau mata air mengalir kerana sebab-sebabnya telah luput.

2. Cara Solat Istisqa':
i. Sekurang-kurangnya dengan berdoa pada bila-bila masa yang dikehendaki.

ii. Cara yanh sederhana ialah berdoa selepas rukuk pada rakaat akhir solat fardhu dan selepas bersolat.

iii. Cara yang paling sempurna ialah melakukannya seperti berikut:
a. Imam atau penolongnya hendaklah meminta orangramai bersama-sama melakukan perkara berikut:
* bertaubat dengan sebenar-benarnya.
* bersedekah pada fakir miskin, meninggalkan kezaliman dan mendamaikan persengketaan.
* berpuasa selama 4 hari berturut-turut.

b. Pada puasa hari keempat, imam bersama-sama orangramai keluar dikawasan lapanh, berpakaian biasa, merendah diri dan bersopan santun, melakukan solat sebanyak dua rakaat sama seperti solat sunat hari raya.

c. Selesai solat, imam berkhutbah sebagaimana khutbah hari raya. Memulakannya dengan beristighfar sebanyak sembilan kali pada khutbah pertama dan sebanyak tujuh kali pada khutbah yang kedua.

d. Sunat dibawa bersama-sama ke kawasan bersolat kanak-kanak, orang tua dan binatang ternakan kerana bencana yang menimpa tirit mengenai mereka semua.

Puteri Tuah, [13.04.15 22:14]
Bismillah..
Note 64 : ruj Al Fiqh Manhaji 1

HUKUM2 BERKAITAN JENAZAH

Mengingati Mati - sunat
Rasulullah SAW bersabda :
"Banyakkanlah mengingati perkara yang menghancurkan kelazatan."
Riwayat Ibn Habban : 2559

Maksud : perkara yang menghancurkan kelazatan ialah perkara yang serta merta memutuskan segaka kelazatan iaitu mati.

1. Perkara-perkara yang Dituntut Dilakukan Terhadap Seseorang Muslim yang Nazak:
- zahir tanda-tanda mati daripada pesakit dan mula tercabut roh daripada jasadnya.

i. Tahap nazak, ahli keluarga sunat membaringkannya mengiring ke kanan dengan mukanya menghadap kiblat. Jika susah maka baringkannya melentang dengan mukanya ditinggikan sikit supaya mengadap kiblat dan dua tapak kakinya sunat menghala ke kiblat.

ii. Sunat mengajarkannya kalimah syahadah, dengan cara yang lembut tanoa mendesak.

iii. Sunat membaca surah yassin disisinya.

iv. Sunat bagi pesakit yang merasai tanda-tanda awal kematian berbaik sangka terhadap Allah dengan melupakan segala dosa dan maksiatnya sambil mengingati dirinya sedang menghadapi Tuhannya.

2. Perkara yang Sunat Dilakukan Kepada Orang Muslim Selepas Mati:
i. Memejamkan kedua belah matanya dan mengikat dagu supaya mulutnya tidak terbuka.

ii. Melembutkan sendi kedua belah tangan dan kakinya serta anggota yang lain dengan senaman ringan.

iii. Meletakkan sesuatu yang berat di atas perut supaya tidak kembong yang boleh mencemarkan pandangan dan sunat ditutup anggotanya dengan kain nipis.

iv. Sunat menanggalkan semua pakaiannya dan meletakkan mayat diatas katil atau seumpamanya yang tinggi daripada lantai, serta menghadapkannya ke kiblat, sebagaimana dilakukan ketika nazak. Tugas ni hendaklah dilakukan oleh mahram yang paling baik dengannya.

3. Perkara yang Wajib Dilakukan kepada Orang Mati :
- Sunat menyegerakan urusan jenazah dengan memandikannya, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikannya. Ulamak Islam berijma' keempat-empat urusan tersebut adalah fardhu kifayah.

Puteri Tuah, [13.04.15 22:15]
Bismillah...
Note 65 : sambungan note 64

4. Solat Jenazah :
- Tidak sah solat jenazah kecuali setelah dimandikan.

i. Bertakbiratul ihram sambil berniat solat janazah. Cara berniat ialah ingat dalam fikiran, solat jenazah, empat takbir, fardhu kifayah.

ii. Setelah takbir, letakkan kedua dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa dan bacalah Al Fatihah.

iii. Setelah selesai membaca Al Fatihah, bertakbir pula kali kedua sambil mengangkay kedua dua tangan ke cuping telinga, kemudian meletakkannya semula ke dada dan bacalah apa-apa selawat ke atas Rasulullah SAW, selawat yang afdal ialah selawat Ibrahimiyah.

iv. Bertakbir kali ketiga dan diikuti dengan mendoakan mayat. Mendoakan mayat adalah maksud utama solat jenazah.

Sekurang-kurang doa ialah mengucapkan : "Ya Allah! Rahmatilah dia. Atau Ya Allah! Ampunilah dia."

v. Bertakbir kali keempat, kemudian berdoa : "Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia."
Riwayat Abu Daud : 3201

vi. Mengucapkan salam sebanyak dua kali iaitu ke kanan dan kenkiri sebagaimana salam solat-solat yang lain.

5. Mengebumikan Mayat :
- wajib mengebumikan mayat ialah didalam lubang yang tidak keluar baunya dan tidak boleh dibongkar oleh binatang buas dan keadaan mayat menghadap kiblat.

i. Mengebumikan mayat didalam kubur yang kadar dalamnya setinggi lelaki yang sedahana yang meluruskan tangannya ke atas dan luasnya pula ialah satu hasta sejengkal.

ii. Wajib mengiringkan mayat ke sebelah kanan dengan menghadap kiblat dan pipinya sunat dikenakan dengan tanah. Jika tidak dihadapkan ke kiblat dan kubur telah ditimbus, kubur wajib digali semula untuk menghadap mayat ke kiblat.

iii. Sunat berbuat kubur yang berlahad jika keadaan tanahnya keras.
Daripada Saad bin Abu Waqas RA, beliau berkata ketika sakit yang membawa kepada kematiannya :
"Buatkanlah lahad untukku dan letakkan batu batu atasnya sebagaimana dibuat oleh Rasulullah SAW."
Riwayat Muslim : 966

iv. Sunat disorongkan mayat dibahagian kepalanya selepas meletakannya didalam lahad dan menghulurkannya dengan cermat.
"Abdullah bin Yazid Al Khutmiy Al Sahabi RA memasukan mayat Al Harith ke dalam kubur di bahagian kakinya dan berkata : cara ini adalah mengikut sunnah."
Riwayat Abu Daud : 3211 dengan sanad yang sahih.


Puteri Tuah, [14.04.15 21:13]
Bismillah...
Note 66 : ruj Al Fiqh Manhaji 1

ADAB MENGIRINGI JENAZAH KE KUBUR

1. Hukum Mengiringi Jenazah Lelaki dan Perempuan:
- Orang lelaki sunat mengiringi jenazah hingga ke kubur.

Al Barra' bin Azib berkata : "Rasulullah SAW menyuruh kami mengiringi jenazah, menziarahi pesakit, mendoakan pesakit, mendoakan orang bersin, memenuhi jemputan dan membantu orang yang teraniaya."
Riwayat Al Bukhari : 1182

- Orang perempuan tidak sunat mengirigi jenazah ke kubur malah perbuatan ni bertentangan dengan sunnah dan wasiat Rasulullah SAW.

"Kami ditegah mengiringi jenazah namun ia bukanlah sebagai perintah kepada kami."
Riwayat Al Bukhari : 1219
Muslim : 938

2. Adab Mengiringi Jenazah :
i. Mengiringi jenazah dengan berjalan kaki, namun tidak mengapa sekiranya bekenderaan semasa balik.

ii. Haram membawa jenazah sambil lewa, atau dikhuatiri jenazah itu jatuh. Sunat dibawa dengan kenderaan lebih-lebih lagi sekiranya mayat itu perempuan.

iii. Makruh berbuat bising ketika mengiringi jenazah. Malah sunat tidak meninggalkan suara dengan sebarang bacaan, zikir dan seumpamanya, bertafakkur mengingati kematian dan balasannya.

iv. Mereka yang mengiringi jenazah afdal berjalan dihadapan brrdekatan dengan jenazah.
Ibn Umar R.Anhuma berkata :"Aku melihat Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar berjalan di hadapan jenazah."
Riwayat Abu Daud : 3179

v. Tiada halangan bagi orang Islam, malah makruh bagi mereka mengiringi jenazah kaum kerabatnya yang kafir.

vi. Sunat mengucapkan takziah kepada keluarga si mati dalam tempoh 3 hari dari hari kematiannya.

3. Perkara Bid'ah terhadap Jenazah:
i. Semua perkara yang bertentangan dengan adab-adab mengiringi jenazah. Hendaklah dijauhi seperti mengiringi jenazah dengan kenderaan dan meninggikan suara adalah bidaah.

ii. Membawa jambangan bunga dan seumpamanya bersama-sama jenazah. Perbuatan ini adalah bidaah yang diharamkan.

iii. Kubur yang digali dan dibina mengikut cara yang ditetapkan dari segi kedalaman, keluasan dan keutamaan liang lahad daripada liang teraju.

iv. Makruh membina kubur sama ada disebelah dalam atau luarnya dengan bahan yang menyerap bahan panas seperti simen, batu kapor dan seumpamanya.

v. Makruh tahrim meninggikan kubur dan membuat binaan diatasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang pada hari ini, menurut sunnah kubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah.

vi. Mengeluh dan meratapi mayat dengan kata-kata dan perbuatan yang menampakkan kegelisahan dan hilang kesabaran seperti menyebut peribadinya dengan kata-kata aduhai baiknya atau mulianya dia dan perbuatan menepuk-nepuk dada, mengoyak baju dan sebagainya adalah haram.

Puteri Tuah, [14.04.15 21:13]
Bismillah...
Note 67 : sambungan note 66

vii. Keluarga si mati sibuk menyediakan makanan dan menjamu orang ramai sebagaimana kebiasaan masa kini. Hal ini adalah bidaah yang sangat bertentangan dengan sunnah yang menganjurkan sebaliknya.

x. Membaca Al Quran dimajlis-majlis takziah yang dibuat secara rasmi sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Perbuatan tersebut adalah bidaah.

5. Keguguran Kandungan dan Syahid serta Hukum-hukumnya :
i. Tiada tanggisan ketika kelahirannya, tempoh mengandung belum sampai empat bulan, tidak wajib dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Sunat dikafankan dengan secebis kain tanpa disembahyangkan.

ii. Keadaan yang kedua, ada tanggisan ketika kelahirannyaatau diyakini hidup seperti bergerak-gerak atau seumpamanya. Wajib disembahyangkan sebagaimana mayat biasa.

b. Syahid : orang yang mati syahid tidak perlu dimandikan dan disembahyangkan malah sunat dikafankan dengan pakaian ketika terbunuh.

Orang yang luka dalam pertempuran dan mati selepas peperangan berakhir tidak dianggap syahid sekalipun kematiannya berpunca daripada luka tersebut. Jenazahnya hendaklah dimandikan, disembahyangkan dan diuruskan sebagaimana biasa.

6. Mengziarahi Kubur :
- sunat bagi orang lelaki mengziarahi kubur orang Islam.
Rasulullah SAW bersabda :
"Dulu aku melarang mengziarahi kubur, sekarang pergilah kamu mengziarahinya."
Riwayat Muslim : 977

"Sesungguhnya menziarahi kubur akan mengingatkan hari Akhirat."
Riwayat Al Tarmizi : 1054

7. Adab Mengziarahi Kubur :

Sunat bagi mereka yang masuk ke kawasan kubur memberi salam kepada orang nati dengan ucapan :
"Sejahtera ke atasmu wahai penghuni rumah orang yang beriman. Kami akan bersma-samamu sekiranya Allah menghendakinya."
Riwayat Muslim : 249

Puteri Tuah, [15.04.15 15:30]
Bismillah...
Note 1 : Ruj Al Fiqh Manhaji 2

ZAKAT
1. Pengertian Zakat:
- Sesuatu bertambah dan subur (tanaman dan perniagaan yg maju dan bertambah).

- Zakat juga bererti bersih.
Allah SWT berfirman :
"Sesungguhnya berjayalah orang yg menjadikan dirinya bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)."
Surah Al Syams : 9

- Mengeluar zakat juga bereti membersihkan harta daripada sebarang syubhah.

2. Sejarah Pensyariatan Zakat:
- Mula disyariatkan pada tahun ke 2 setelah Nabi SAW berhijrah ke Madinah.

3. Hukum dan Dalil Pensyariatan Zakat:
- Merupakan rukun islam paling penting.
Allah SWT berfirman :
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat."
Surah Al Baqarah : 43

Hikmah dan Faedah Zakat:
- Hikmah dan faedah yg banyak. Kepada pengeluar zakat dan penerimanya.

i. Membiasakan diri bersifat pemurah dan suka mengerjakan ibadah qurban. Membuang sifat kedekut dan bakhil.

ii. Menguat hubungan persaudaraan dan kasih sayang pengeluar zakat dengan org lain.

iii. Tiada jurang perbezaan taraf sosial dan kehidupan.

iv. Dapat mengatasi masalah pengangguran dan kemiskinan.

v. Membersihakan hati dari sifat keji kepada sifat kasih sayang, tolong menolong dan saling bersimpati.
Rasulullah penah bersabda:
"Zakat itu tidak mengurangkan harta."
Riwayat Muslim : 2588

1 comment:

  1. Assalamualaikum nk tanya ... Kuliah yg 2 memang x ada kaa ?

    ReplyDelete